Polis Didakwa Paksa Seks Oral, Kemudian Rakam Video Seks Dalam Kereta di Kelantan

Dua anggota polis ditahan kerana didakwa melakukan s3ks oral, menc4bul selain memaksa pasangan kekasih melakukan hubungan s3ks sambil merakamnya di Pengkalan Chepa, Jumaat lalu.

Menerusi laporan Harian Metro, Konstabel dan Lans Koperal berusia 31 hingga 35 tahun dipercayai turut melakukan perasugut sebanyak RM1,250 selain turut menumbuk seorang daripada mangsa.

Ketua Polis Kelantan Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, kejadian berlaku pada 10.45 malam ketika kedua anggota polis sedang melakukan rondaan sebelum terserempak dengan pasangan kekasih berusia linkungan 20-an yang berada dalam sebuah kereta di tepi jalan.

“Anggota polis berkenaan dikatakan menumbuk seorang daripada mangsa sambil menguguut mereka dengan meminta wang sebanyak RM1,200 supaya kes berkenaan tidak dirujuk ke pejabat agama.

“Selepas memperoleh wang berkenaan yang dikeluarkan di mesin juruwang automatik (ATM) berdekatan, anggota polis berkenaan juga didakwa minta pasangan kekasih itu melakukan hubungan s3ks dalam kenderaan mangsa sambil aktiviti itu dirakam menggunakan telefon bimbit anggota polis itu.

“Mangsa wanita berkenaan turut mendakwa dia dip4ksa melakukan s3ks oral selain dic4bul oleh seorang anggota polis ketika kekasihnya mengambil wang di ATM,” katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Shafien berkata, pihaknya menerima laporan polis yang dibuat pasangan berkenaan pada Ahad lalu iaitu dua hari selepas kejadian.

“Susulan itu, kita sudah menahan dua anggota berkenaan dan kini direman seminggu untuk siasatan lanjut.

“Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa, kita mengambil kira semua dakwaan mangsa dan siasatan menyeluruh akan dijalankan.

“Sekiranya benar anggota kita terbabit dalam kegiatan jenayah, kita akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 377c, 354 dan 384 Kanun Kes3ksaan,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa juga dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.