[VIDEO] “Beratnya dugaan ya Allah..” Kakak Dalam Wad & Anaknya Dikomakan, Alyah Hanya Mampu Doa Dari Jauh

Selebriti popular Alyah Abu Hasan memohon para peminatnya supaya mendoakan keluarga kakaknya yang menetap di Johor, telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram, Alyah menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu dugaan berat buat keluarga kakaknya itu.

Namun, apa yang mampu dilakukan olehnya ketika ini hanyalahmemanjatkan doa dari jauh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

“Beratnya dugaan kakak aku ya Allah swt. Dan aku hanya mampu berdoa dari kejauhan. Wahai sahabat ig ku sesungguhnya aku buntu kerna aku tidak mampu berbuat apa apa kecuali berdoa.

“Duduklah dibelakangku bersama berdoa dgn ku buat kakakku yg berada di wad c19, Abg iparku yg dikuarantinkan, seorang anak sedaraku yg telah dikomakan, seorang lagi yg dikuarantinkan di pasir gudang dan 3 dikuarantin dirumah. Dugaan besar buat keluarga kakakku,”

Pada masa sama, Alyah turut meminta agar kilang yang tidak sepatutnya beroperasi ketika perintah kawalan pergerakan penuh 3.0 (PKP3.0) ditutup sementara bagi mencegah penularan wabak.

“Terima kasih atas doanya wahai sahabat ig ku. Aku benar benar harap kilang2 yg tak sepatutnya beroperasi di tutup sementara wabah ini tidak dapat dibendung.

“Kakak ku berniaga di kafe sebuah kilang di gelang patah (yeh brother) semasa keputusan kedua anak sedaraku positive c19 kilang terbabit masih beroperasi dan kilang terbabit adalah kilang perabot,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Tinjauan di ruangan komen rata-rata peminat dan rakan selebriti turut berdoa semoga semuanya dipermudahkan.

Isteri kepada ahli muzik terkenal, Datuk Ramli MS itu juga sebelum ini berkongsi salah seorang anak saudaranya yang dikenali sebagai Siti Nazirah Aziz terpaksa ‘ditidurkan’ kerana kesukaran bernafas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

“Assalammualaikum semua. Mohon doakan Anak sedara saya @nazirah_aziz93 kembali sihat semula.

“Dia dah ditidurkan kerna sukar bernafas kerana positive c19 dan seluruh keluarganya sudah terkena positive c19.

BACA: Lelaki Ini Bahagia Kahwin Dua, Luahan Penghargaan Untuk Isteri Pertama Jadi Perhatian Netizen

“Dikenal pasti dijangkiti dari kilang tempat mereka menjual makanan di kafe kilang tersebut di gelang patah dan kilang terbabit masih beroperasi.

“Adakala duit mampu mengaburi mata tapi saya mohon renung2kan mampu kah duit mengembalikan nyawa?

“Mungkin kematian atau yg sakit itu bukan dari kalangan keluarga pihak pihak yg harus mengambil tindakan.

“Tapi hilangkah rasa kemanusian kerana wang ringgit?”