“Dulu suami duduk estet” 25 Tahun Terpisah, Lelaki India Menangis Jumpa Semula Kawan Baik

Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan.

Sahabat juga mampu meredakan kesedihan, menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita malah dia juga adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita.

Sering kita lihat ramai yang berkawan mengikut kelompok agama masing masing, namun masih ada yang bersahabat dengan individu yang beragama lain kerana agama bukan pengukur untuk kita bersahabat.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana kawan baik kepada lelaki ini hadir di hari ulang tahun mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, mereka terpisah selama hampir 35 tahun oleh kerana sebuah penghijrahan ke tempat yang lain.

Menerusi video tersebut, wanita yang lebih dikenali sebagai Nor Zana Rahmad telah membuat satu rancangan bersama suaminya dimana ingin membuat kejutan keada kawan baik suaminya itu.

Alangkah terkejutnya lelaki berbaju merah itu apabila dia melihat kawan baiknya yang terpisah hampir 25 tahun apabila maskot Mickey Mouse itu dibuka

Terdahulu mereka pernah tinggal di Estet malah apa yang lebih menarik adalah dia bukan sahaja berkawan rapat dengan ramai rakan berbangsa India malah, suaminya juga pandai bertutur dalam bahasa Tamil.

Video yang tular di laman TikTok:

@norzanarahmad prank kwn baikk… hampir 25thn xberjumpa #viral2021 #foryou #kitaupsamasama #TDbff #tiktokmalaysia #fypdongggggggg ♬ Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti – Anneth

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 641.5K tontonan, 71.3K tanda suka, 4405 komen dan 1713 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat keakraban mereka dalam persahabatan.

Ada juga netizen yang memuji akan sikap mereka yang berkawan tanpa mengira agama dan tidak racist terhadap satu sama yang lain.

“Friendship always best…Berkawan tanpa mengira agama Rindu kawan² zaman sekolah bersama saya yg tetap dihati saya”

“It’s really true friendship,orang2dulu memang hidup berama mesra tak RACIST, tapi dihancurkan segelintir W R MALAYSIAN”

“Betul..jiran kami pun india…mereka berpindah setelah anak2 besar..tp sampai skrg masih datang berkunjung ke rumah kami bila hari raya & deepavali”

“Relationship goal….walaupun berbeza agama..sampai saya sendiri menangis”

Kredit: YOY Network

Default image
admin
Articles: 917