“Eh malu malu pula” Gelagat Pemuda Tergelak Dirakam Kamera Live RTM Ketika Solat Jumaat Raih Perhatian Netizen

Tujuan stesen-stesen televisyen tempatan menyiarkan aktiviti ibadah solat jumaat adalah kerana ia merupakan antara salah satu inisitaif untuk kaum perempuan yang tak berkesempatan ke masjid mendengar khutbah yang disampaikan.

Iospital phone repair gombak

Antara stesen TV yang sering menyiarkan siaran langsung solat jumaat adalah TV1 dan TV3. Dengan siaran langsung ini, dapatlah kaum hawa sedikit sebanyak mempelajari ilmu baharu.

Jumaat lalu, netizen terhibur apabila tular satu video di mana ketika kamera merakam jemaah solat, tiba-tiba salah seorang jemaah dilihat senyum tersipu malu.

Tindakan spontan lelaki itu mengundang dekah ramai! Menerusi video yang dikongsikan oleh @noramirachedin di TikTok, dia yang menonton siaran langsung itu perasan lelaki itu mula tersenyum apabila kamera beralih ke arahnya.

Yang lebih kelakar, dia kemudiannya menekup mulutnya dengan tangan untuk menahan ketawa. Malah dia turut sempat menjeling ke arah kamera untuk memastikan sama ada dia masih dirakam atau tidak!

“Malu-malu pula dia,” seloroh pengguna TikTok itu di ruangan kapsyen.

Menurut @noramirachedin, dia tidak berniat membuka aib, sebaliknya berkongsi video kerana terhibur dengan gelagat pemuda itu yang dirasakan comel.

Dalam pada itu, tak kurang juga netizen yang mengatakan solatnya telah batal kerana ketawa.

“Ketawa di dalam solat jika banyak membatalkan solat dan jika sedikit dan bukan sengaja maka dimaaf. Ada pun senyum maka tidaklah membatalkan solat sekalipun lama ia tersenyum. Wallahua’lam,” tulis pendakwah Ustaz Azhar Idrus di Facebook.

“Ketawa sehingga mengeluarkan suara yang berhuruf membatalkan sembahyang mengikut Ibnu Munzir dengan ijma para ulama.

“Imam Nawawi menegaskan batal apabila suara dua huruf. Ada pun tersenyum sahaja tanpa mengeluarkan suara tidak membatalkan sembahyang,” tulis Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang di Twitter.

Sejak video berdurasi 19 saat itu dikongsi dua hari lepas, ianya berjaya meraih jumlah tontonan sehingga 3.6 juta manakala mengutip sebanyak 264 ribu tanda suka!

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata terhibur melihat gelagat jemaah tersebut yang gigih mencuba untuk bertukar ke mood serius selepas ketawa.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“😂😂adoi xkhusyuk abg tu”

“Bang solat ke berlakon tuuu 😂”

“WEH COMEL JE DIA TUTUP MULUT GITU HAAHAHAHAHAHAHAHAHA”

Video yang tular di laman TikTok

@noramirachedin Malu malu pulak diaaa.. #fyp ♬ Style Jitba x Spin Back – Kuya Magik