Enam Tahun Kahwin Sampai Ada Anak, Lelaki Terkejut Isteri Rupanya Bekas Ibu Tiri

Ketetapan hakiki, jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan. Kita sebagai hamba-Nya perlu menerima dengan hati yang terbuka kerana tiada siapa yang mampu menidakkan takdir Allah.

Baru-baru ini tular tentang sebuah kisah dimana seorang lelaki dari Arab terpaksa menceraikan isteri yang telah dikahwini selama enam tahun selepas mendapat tahu bahawa wanita itu sebenarnya merupakan bekas ibu tirinya sendiri.

Sukar dipercayai namun perkara ini benar terjadi dek kerana tidak mengetahui asal usul sebenar wanita tersebut.

Membina mahligai 6 tahun, dikurniakan cahaya mata

Memetik laporan Golf News, lelaki yang tidak mahu diperkenalkan identiti itu mengaku tidak pernah membawa isterinya bertemu dengan ahli keluarga sepanjang 6 tahun mendirikan rumah tangga bersama isteri tercinta sehingga mempunyai anak.

Namun semuanya terbongkar apabila lelaki ini nekad mahu memperkenalkan isteri kepada bapa dan ahli keluarganya yang lain.

Isteri rupanya bekas ibu tiri

Setibanya di rumah, alangkah terkejutnya si bapa melihat menantunya itu sebenarnya adalah bekas isterinya yang pernah dinikahinya 10 tahun lalu.

Bercerita lanjut, bapanya itu menjeaskan perkara tersebut kepada anaknya dia pernah berkahwin secara misyar dengan wanita tersebut namun telah pun berpisah.

Buat pengetahuan, perkahwinan misyar adalah sejenis pernikahan yang dilakukan semata-mata demi memenuhi tuntutan batin dan isteri tidak boleh menuntut sebarang hak.

Kaedah itu menjadi pilihan bagi lelaki yang mahu mempunyai lebih daripada seorang isteri, namun enggan bertanggungjawab dari segi nafkah seperti tempat tinggal dan anak.

Takut akan membuat kesilapan lagi, mereka bertindak untuk merujuk dan mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang lebih arif.

Terpaksa bercerai, anak diklasifikasikan sebagai anak sah taraf

Menurut Penasihat Mahkamah Diraja Arab Saudi dan ahli Majlis Ulama Kanan iaitu Abdullah Al Mutlaq memaklumkan lelaki berkenaan perlu menceraikan isterinya kerana perkahwinan tersebut dianggap tidak sah. Akan tetapi, status anak lelaki pasangan ini diiktiraf sebagai anak sah taraf.

Default image
admin
Articles: 1052