Enggan Ikut Ibu Pulang, Anak Tak Nak Berenggang Dengan Pengasuh India Raih Perhatian Ramai

Seringkali kita dengar di media sosial dimana pengasuh tidak menjaga bayi asuhan mereka dengan baik sehingga ada yang menyebabkan luka pada badan dan apa yang lebih teruk apabila adanya kes kematian.Iospital phone repair gombak
Hal ini sekaligus membuatkan para ibu bapa berasa takut untuk meletakkan anak pada pengasuh kerana bimbang jika berlakunya perkara buruk terhadap anak mereka.

Pun begitu, tidaklah semua pengasuh bersikap demikian malah ada juga yang menjaga anak jagaan seperti anak mereka sendiri.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini, dimana seorang wanita ingin menjemput anaknya pulang namun dia tidak mahu berpisah dengan pengasuhnya yang berbangsa India telah mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @araa_vaniella, kelihatan anaknya berada di pangkuan pengasuhnya yang lebih dikenali sebagai Patti.

Melihat sahaja ibunya, budak kecil itu terus menoleh kebelakang seakan tidak mahu mengikutnya dan apa yang lebih menarik, dia memanggil Patti dengan gelaran Emak.


Difahamkan ianya bukanlah pertama kali berlaku susulan Patti sememangnya menjaga anaknya dengan baik sehingga budak kecil itu tidak mahu pulang ke rumah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji cara layanan pengasuh terhadap anaknya walaupun berlainan bangsa.

Bukan itu sahaja, netizen juga akui tidak akan susah hati semasa bekerja jika anak dilayan dengan begitu baik ketika dalam jagaan pengasuh.

Antara komen warga maya:

“Nampak sangat Pathi jaga bukan sebab upah, dia jaga kerana kasih sayang..”

“Baiknya pengasuh dia.. nampak sangat anak suka.. alhamdulillah syukur walaupun lain bangsa tapi ikhlas jaga”

“Mana nak cari pengasuh macam ni?”

“Bagi budak kecik, perkauman warna kulit tiada beza.. bagi pandangan mereka semua adalah sama”

“Kalau macam ni tak susah hati dah pergi kerja”


Video yang tular di laman TikTok:

@araa_vaniella Replying to @MissCallMissYou ♬ Nyaman – Ash Fasryll

@araa_vaniellabiasa tengok kisah orang lain je hantar anak kat pengasuh.. sekali jdi kat anak sendiri..🥲♬ suara asli – Ivan Kurniawan – Ivan keun