Excited Beli Patung Comel, Sekali Ibu Kata Haram & Buang Hidung Jadi Ikan Keli

Seperti yang kita semua sedia maklum, bagi insan yang bergelar perempuan pasti akan lemah dengan barang,haiwan, permainan atau apa sahaja yang kelihatan comel di mata mereka tidak kiralah dari yang masih kanak-kanak mahupun dewasa.

Jadi tidak hairanlah jika seseorang wanita itu sukakan anak patung kerana ia sememangnya comel dan selesa untuk dipeluk. Namun berbeza dengan gadis dari Kelantan ini.

Baru-baru ini tular di media sosial Tiktok tentang seorang gadis yang berkongsi cerita tentang nasib yang melanda anak patung yang dibelinya di Kaison akibat tidak direstui oleh ibunya.

Excited  Beli Anak Patung, Sekali Sampai Rumah Lain Pula Yang Jadi

Menerusi video yang dikongsikan gadis itu, pada awalnya dia berasa teruja kerana akhirnya dia dapat membeli anak patung berupa khinzir itu. Bagi gadis itu, anak patung yang dibelinya kelihatan sangat comel.

Namun apabila tiba di rumah, kegembiraannya itu bertukar menjadi kisah sedih buatnya kerana ibunya tidak mengizinkan dia untuk menyimpan anak patung tersebut. Menurut ibunya, patung berupa khinzir itu haram untuk disimpan.

Tetapi apa yang melucukan dan menarik perhatian netizen ialah, ibunya telah memotong hidung dan telinga patung khinzir itu dan menjahitnya semula.

Lebih melucukan apabila hidung dan telinga yang dipotong daripada patung khinzir itu berubah menjadi seperti mulut ikan keli.

Menurut gadis itu, itu adalah syarat untuknya jika dia berkeras mahu menyimpan anak patung tersebut kerana ibunya telah melarangnya menyimpan patung haram itu.

Susulan daripada video itu, rata-rata netizen tidak tahu mahu memberikan reaksi sama ada mahu bersedih kerana anak patung yag baru dibeli telah dipotong atau mahu ketawa kerana perubahan wajah anak patung berwarna merah jambu itu.

“Bukan hidung je kene operate auto telinga pon hilang HAHHAHA” kata netizen.

“HAHAHAH mau ketawa kah nangis ni” ujar netizen lagi.

Video tersebut telah meraih sebanyak 4.3 Juta penonton di Tiktok, 475K likes dan 18.1K komen di akaun tersebut.

Video tular di laman Tiktok

@qissnaa##fyp ##indonesia ##FeelTheHIITSubwayMY ##viral♬ the psycho intro gone wrong ㅠㅠ – Arielle

 

Kredit: YOY Network

Default image
admin
Articles: 818