Faizal Tahir Tegur Netizen Diam Lebih Baik, Naim Daniel Tanya Tentang Kezaliman Meragut Ribuan Nyawa

Baru sahaja Malaysia dikejutkan dengan perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia, kini penyanyi dan komposer Faizal Tahir menjadi mangsa kecaman netizen di laman Twitter berikutan menegur mengenai Perdana Menteri Tan Sri Muyyiddin Yasin.

Rata-rata mereka sangat terkesan dengan komen yang dibuat oleh Faizal Tahir sehingga penyanyi dan juga pelakon Naim Daniel memberi komen di posting tersebut kerana tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Faizal.

Naim Minta Pencerahan Faizal Tahir

Di dalam posting tersebut Naim bertanya kepada Faizal Tahir adakah tindakan berdiam diri daripada kezaliman merupakan ajaran Rasulullah.

“Maaf abang sekadar bertanya. Tapi adakah berdiam dengan kezaliman yang meragut ribuan nyawa masyarakat merupakan satu ajaran dari Rasulullah?

Maaf abang. Sekadar meminta pencerahan sahaja.”

Netizen Dakwa Faizal Tahir Penunggang Agama

Sebelum ini seorang netizen berpendapat bahawa selama Tan Sri Muhyiddin memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, pelbagai kegagalan jelas kelihatan.

Ini termasuklah dakwaannya tentang kematian yang melibatkan lebih dari 10 ribu pesakit C19 yang disifatkan berpunca daripada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan tidak sistematik.

Faizal yang kecewa dengan kenyataan itu, telah menegur netizen tersebut agar hanya berdiam diri sekiranya tidak mempunyai sebarang perkara yang baik untuk diulaskan mengenai seseorang.

Jelas Faizal, ini bukanlah cara bagaimana umat Islam dididik oleh Nabi Muhammad SAW.

“If you have nothing nice to say about someone, then don’t say anything at all. This is not the teaching of our beloved Prophet, this is not a character of Islam.

“Only cowards don’t show themselves while throwing stones.”

Walau bagaimanapun, teguran Faizal tersebut telah disalah erti oleh sesetengah pihak sekaligus penyanyi itu telah mendapat kecaman hebat dari pelbagai pihak.

Malah, ada diantaranya menyifatkan Faizal seperti menunggang agama kerana seolah-olah menyokong tindakan Muhyiddin selama ini.

“Tak cakap apa2 pun 10k orang mati.”

“Try lah cakap benda yang sama dekat menteri. Nak tengok jalan tak jalan?”- netizen

Netizen juga turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan yang diberi oleh Faizal Tahir.

Default image
admin
Articles: 750