[VIDEO] “Lipat 1 baju hanya 5 saat!” Fasha Sandha Kongsi Teknik Lipat Baju Mudah & Pantas

Pelakon yang kini popular dengan drama Scammer, Fasha Sandha ada memuatnaik teknik lipat baju yang pantas tapi kemas dengan 4 langkah mudah menerusi Instagram baru-baru ini.

Kongsi bintang drama ini, dia belajar kaedah tersebut menerusi kenalan dan dia gembira untuk berkongsikan perkata tersebut.

“Thank you Cik Len for sharing, Alhamdulillah, time mco ni dah cekap melipat baju dengan pantas, dulu terkial2 kita, lipat baju.

“Alhamdulillah, now boleh lipat 1 baju dalam masa 5 saat. Bukan hanya pantas, tapi kemas dan teratur… Hihi. Saja nak share ngan followers kesayangan, happy pulak rasanya.

“Selamat mencuba Kesayanganku,” tulisnya pada video yang sudah ditonton lebih 400,000 kali itu.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama teruja dan ada yang turut sama berkongsikan pengalaman masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Terdahulu, Fasha Sandha memberitahu perutnya melecet, kulit merekah dan gatal akibat memakai perut palsu seberat 15 kilogram yang diperbuat daripada silikon.

Ia bagi menjayakan watak Nisa seorang wanita hamil juga isteri kepada Joe lakonan Kamal Adli dan anak kepada Razman (Arash Mohd) dalam drama Scammer yang ditayangkan di Astro Ria.

“Banyak cabaran untuk melakonkan watak Nisa. Antaranya saya perlu lalui sepanjang penggambaran adalah wanita hamil yang ‘membawa’ perut seberat 15 kilogram.

“Kalau kebanyakan drama sebelum ini, perut digunakan yang biasa dan kosong. Tapi, dalam Scammer ia dibuat dari silikon.

“Ia sangat berat hingga badan nak ke bawah. Kesannya, perut saya melecet, kulit merekah dan gatal.

“Dalam masa sama, saya kena kekalkan emosi wanita hamil setiap hari selain perlu menjaga hati suami dan bapanya.

“Selain itu, cabaran lain saya adalah nak tukar ‘mood’ lakonan saya dengan abang Arash. Selalunya kami berlakon sebagai suami isteri, tapi dalam drama ini kami menjadi anak-beranak pula.

“Awalnya memang kekok dan bukan mudah, tapi kami berbincang dan perlahan-lahan masukkan roh Nisa dan Abi (Razman) dalam diri.

“Abang Arash pula jenis buat ‘homework’ di set, itu lebih membuatkan saya teruja untuk menjayakan watak Nisa dan menjadi bagus seperti dia,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Fasha yang ditemui pada sesi bersama media berkata, drama Scammer bukan saja untuk tontonan dan hiburan, tapi memberikan banyak ilmu baharu kepada dirinya.

“Untuk saya memahami mengenai scammer, saya kena buat banyak kajian. Dari tak tahu, saya banyak belajar. Skrip drama ini juga banyak bantu saya.

“Dalam masa sama, kepada penonton sambil menonton mereka dapat maklumat mengenai dunia scammer,” katanya.

BACA: “Terkenangkan mama kayuh basikal, bawak kami ke…” Sebak Kisah Ibu Fasha Sandha

Drama Scammer yang diarahkan oleh Norhanisham Muhammad atau Labu turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Siti Saleha, Jay Iswazie, Didie Alias, Hasnul Rahmat, Chew Kin Wah dan ramai lagi.