First Time Keluar Pergi Kenduri, ‘Baby PKP’ Menangis Takut Jumpa Ramai Manusia

Seperti yang kita tahu, dunia dikejutkan dengan fenomena wabak pandemik, menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diutuskan oleh kerajaan.

PKP menyebabkan operasi pelbagai sektor terjejas dan diarah tutup, tidak dapat berkumpul sesama ahli keluarga bahkan siapa yang mendapat cahaya mata sewaktu pkp dilaksanakan juga tidak berkesempatan untuk membawa anak-anak keluar berjalan danhanya berkurung di rumah sahaja.

Kesannya, anak mudah takut apabila berjumpa ramai orang atau melihat suasana luar seperti pantai, rumput di taman dan sebagainya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ‘bayi pkp ‘yang berusia sembilan bulan pertama kali keluar dan berjumpa dengan ramai orang selepas tamatnya tempoh PKP mencuri perhatian ramai.

Terpampang wajak ‘cuak’ bayi bernama Muhammad Affan Danish ketika menghadiri sebuah majlis tahlil kerana dia tidak pernah berkumpul dan melihat orang ramai.

Memetik laporan mStar, ibunya yang dikenali sebagai Nurul Najwa Ain Mohd Khairuddin, 27 berkata anaknya itu tetap gelisah melihat orang ramai walaupun dia berada dekat dengan Affan.

“Video tu saya rakam pada 13 November baru-baru ni, masa tu family belah mak ada buat kenduri tahlil, saya datang masa tu orang dah ramai balik, tapi still ada orang lain lagi la.”

“Suasana masa tu memang bising jadi Affan jadi macam resah gelisah walaupun saya sebenarnya ada je dekat dia tapi bila dia tengok orang ni bercakap, kemudian orang tu bercakap, dia jadi macam terancam kot, jadi dia menagis ketakutan,” ceritanya yang menetap di Shah Alam, Selangor.

Mesra disapa wawa, dia juga memaklumkan bahawa situasi semakin pulih dan anaknya mula tenang setelah berjumpa dengan ‘gengnya’.

“Dia sebenarnya nak je dengan orang lain tapi mungkin masa tu bising dia jadi takut, tapi lepas tu dia okay sebab lepas dah lama duduk situ ada baby yang sebaya dengan dia.”

“Jadi dia main sama-sama, senyum sama-sama, gelak-gelak, lepas tu memang dia tak menangis dah,” ujarnya yang juga bekerja dengan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

ibu ini mendehkan bahawapermata hatinya itu merupakan anak yang ceria danmurah dengan senyuman namun turut mengakui sejak pkp, dia tidak membawa Affan ke tempat awam yang terdapat ramai orang kerana takut dijangkiti virus.

“Sebelum ni memang tak jalan pun dekat mall sebab risau dengan wabak pandemik,” katanya.

Video yang tular di laman TikTok:

@najwaainnn Anak sapa macam ni jugak kita geng, hihihi 😅 #babytiktok #babypkp2021 #fyp #fypdongggggggg #jomready ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 348.5K tontonan, 27.8 tanda suka, 1622 komen dan 1484 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat adik Affan yang takut melihat orang ramai seolah-olah melihat raksasa.

Dalam pada masa yang sama, ramai juga daripada para netizen yang berkongsi pengalaman memiliki ‘bayi pkp’.

Bahkan ada juga yang menyifatkan bahawa muka Affan mempunyai iras seperti Yusoff Al Qardawi iaitu anak pasangan usahawan terkenal di Malaysia atau lebih mesra dikenali sebagai Dato Alif Syukri dan Datin Nur Shahida.

Berikut merupakan komen-komen daripada warga maya:

Kredit: YOY Network

Default image
admin
Articles: 1052