[FOTO] “Comelnya babybump..” Tasha Shila Umum Hamil Lima Bulan

Pelakon Tasha Shila mengumumkan dia kini hamil lima bulan.

Berita gembira itu dikongsi Tasha menerusi akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

“Syukur Alhamdulillah, Tasha dan Atiq ingin membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang kini berusia lima bulan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla)

“Saya memohon anda semua doakan yang baik-baik supaya bayi di dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik, dan selamat hingga ke hari kelahiran dan hari-hari selanjutnya, Insya-Allah,” tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Tasha mengatakan dia sangat gembira apabila orang di sekelilingnya sentiasa mendoakan kesejahteraannya bersama keluarga.

“Jujurnya, saya teramat gembira apabila orang sekeliling dan rakan taulan mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan saya sekeluarga.

“Di kesempatan ini, saya ingin ucapkan semoga kalian dipermudahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla)

Perkongsian itu mendapat perhatian daripada ramai pengikut Tasha termasuk beberapa rakan industri seperti Fauziah Latiff dan Zahirah Macwilson.

Terdahulu, Tasha selamat bergelar isteri kepada suaminya, Muhammad Atiq Idris, 33 pada 28 Februari 2020.

Dengan sekali lafaz, Tasha Shilla sah bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris pada majlis ringkas diadakan di Masjid Wilayah.

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali dan disaksikan Imam Besar masjid berkenaan, Tuan Haji Ehsan Mohd Hosni.

Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM800 dan sebentuk cincin. Tiada dulang hantaran diserahkan kedua pihak.

Manakala, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Anggun mengenakan persalinan rona putih rekaan Hatta Dolmat, Tasha atau nama sebenarnya, Nastashashila Abdul Razak bersyukur perancangan sejak beberapa bulan lalu berjalan lancar.

“Semuanya berlaku begitu pantas. Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan.