[FOTO] Tunang Kecewa Intan Najuwa Tak Hormat Dirinya

Jika sebelum ini kecoh gambar didukung oleh Idris Khan, nampaknya Intan Najuwa sekali lagi dihentam apabila tular gambarnya berpeluk dengan Zul Ariffin di atas kapal. Malah rata-rata netizen menyifatkan seolah-olah Intan mudah disentuh oleh mana-mana lelaki. Namun, Intan menjelaskan dia masih tahu menjaga batas sebagai tunangan orang dan gambar tersebut dikongsikan hanya mempromosi drama lakonannya [...]

Kalau sebelum ini kecoh gambar didukung oleh Idris Khan, nampaknya Intan Najuwa sekali lagi dihentam apabila tular gambarnya berpeluk dengan Zul Ariffin di atas kapal.

Boleh dikatakan rata-rata netizen menyifatkan seolah-olah Intan mudah disentuh oleh mana-mana lelaki.

Namun, Intan menjelaskan dia masih tahu menjaga batas sebagai tunangan orang dan gambar tersebut dikongsikan hanya mempromosi drama lakonannya sahaja.

Bagaimanapun, sejak semalam status di Insta Story yang dimuat naik oleh tunang Intan iaitu Fazrul Anwar Rulis menjadi perhatian ramai seolah meluahkan rasa kecewanya.

Status tersebut seakan merujuk kontroversi terpalit Intan yang dilihat tidak menghormati dirinya sebagai tunang. Malah, tunangnya turut mengatakan cinta tanpa rasa hormat akan bertahan sekejap sahaja.

Siapa Intan Najuwa?

Intan Najuwa mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2015 dan Intan tinggal di Kuala Lumpur.

Intan dikatakan mempunyai wajah iras pelakon Wawa Zainal. Sebelum bergelar selebriti, Intan merupakan seorang penulis blog.

Intan mula berkecimpung dalam bidang lakonan sejak umur 18 tahun di mana dia diperkenalkan oleh penerbit syarikat Metrowealth Pictures, David Teo.

Ada beberapa drama yang dibintanginya seperti Gantung (2016), Hantu Punya Bos (drama slot Iris di TV3 pada tahun 2016, membawakan watak sebagai Abby), Khabar Dari Casablanca (siaran TV2 pada 2017, membawakan watak sebagai Sharina), Kekasih Paksa Rela (siaran Slot Akasia di saluran TV3 pada 2017, memegang watak sebagai Hanan Khaira) dan Kenyalang I’m In Love (drama slot Dahlia ditayangkan di TV3 pada 2018, memegang peranan sebagai Sutera).

Intan pernah dicalonkan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular dan Pasangan Serasi Drama (bersama Remy Ishak) di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

Pada Mac 2018, Intan menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya bersikap ‘diva’ kerana kononnya selektif terhadap tajaan dan wartawan yang ingin mewawancara.

Walau apa pun diharap hubungan mereka baik-baik sahaja. Malah, sebelum ini juga Intan memberitahu apa yang dilakukan olehnya sudah pun mendapat persetujuan daripada pihak keluarga dan tunangnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.