Gadis Berbasikal Kongsi Detik Cemas Dikejar 4 Ekor Anjing, Sempat Buat Bunyi ‘Shuh’

Momen dikejar anjing adalah yang paling tidak digemari malah digeruni oleh kita semua. Tak cukup tanah nak lari dibuatnya! Kalau tak lari nanti kena gigit pula.

Iospital phone repair gombak

Mungkin banyak kali kita dengar petua daripada orang-orang tua untuk mengelak daripada dikejar anjing. Pun begitu, anjing zaman sekarang tak kurang bijaknya. Gunalah apa pun tetap saja dia mengejar.

Begitulah situasi cemas yang terpaksa dihadapi oleh seorang penunggang basikal. Bukan seekor, tetapi gadis ini telah dikejar 4 anjing serentak!

Kejadian yang berlaku di kawasan kampung Tanjung Malim, Perak itu sempat dirakam menggunakan Insta360 dan dimuat naik ke media sosial gadis bernama Deedee Ibrahim ini, secara tak langsung mencuri perhatian ramai.

Walaupun cuak, Deedee sedaya upaya mengayuh selaju mungkin. Malah apa yang membuatkan ramai kagum, dia sempat menghalau anjing-anjing berkenaan dengan bunyi ‘shuh’ sementara sebelah tangan di handle basikal.

Bagaimanapun, Deedee berjaya meloloskan diri daripada detik getir dikejar oleh beberapa ekor anjing dari arah kiri dan kanannya itu.

Sejak video ini dimuat naik seminggu lalu, ia berjaya meraih jumlah tontonan sebanyak 204.7 ribu manakala mendapat 9333 tanda suka!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Deedee Ibrahim (@deedeeibrahim)

Ketika meneropong ke ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat kegigihan gadis ini memecut daripada dikejar anjing. Dalam pada itu, netizen kagum dengan sifat keberaniannya yang masih boleh menunggang basikal walaupun dikejar banyak ekor anjing.

Kata netizen, mereka sendiri tidak dapat membayangkan jika mereka di tempat gadis itu. Mungkin mereka akan menjerit berlari dan langsung mencampakkan basikal ke tepi.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“camne dia ley kayuh lagi..patut kaki dok kt handle DH😅”

“Kalau saya tu kak lembik da kaki nak kayuh, apa lagi nak bunyi atau ketuk handle mcm akk 😂🥺”

“so berani laa dia 😂😂”

“Kalau sy dah nangis jerit jerit dah takkeluar syuhh syuhhh tuuu 🤣🤣🤣🤣”

“Salah ni, patut kaki dah boleh lipat kebelakang dh 😌”

“Mcm tu je halau dah bekesan eh… haibaat 👏🏻👏🏻👏🏻”

“bunyi ssshh sama laju dengan kaki kayuh…. maaf tak boleh berenti gelak menengoknya🤣🤣”

Video yang tular di laman TikTok

@deedee.ibrahim The moment when you got chased by 4 dogs 🥴 . #wildride #gravelismshahalam #gravelism #letsride #watchme #youcanifyouwant #anjingkejar #anjingkebun #insta360 #insta360onex #360view #360photography #insta360camera #360camera #360video ♬ levan polkka – ⭐️cherry🎄