“Dah tulis nama di stesen,” Gadis Dakwa Dikompaun Sebab Tak Scan MySejahtera Masa Naik Bas

Umumnya mengetahui sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), setiap individu perlu patuh akan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bahkan, tindakan tegas seperti kompaun akan diambil kepada mana-mana individu yang gagal untuk mematuhinya.

Bagaimanapun, seperti perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Nrdhasni mendakwa kakaknya telah dikenakan kompaun kerana gagal untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan dengan mendaftar QR MySejahtera ataupun menulis nama sewaktu memasuki mana-mana premis.

Menerusi tangkap layar perbualan tersebut, adiknya menjelaskan kakaknya telah dikenakan kompaun sebanyak RM1.5k berikutan kegagalan untuk mengimbas  kod QR MySejahtera atau menulis nama di dalam buku bagi mencatat rekod kehadiran.

Namun, dakwa kakaknya bas berkenaan sama sekali tidak menyediakan kod QR MySejahtera ataupun buku. Mahu tidak mahu, kakaknya perlu membayar kompaun tersebut sebelum 10 Mei ini.

“Aku tulis kat buku terminal 17 shah alam lepas tu naik bus. tiber berhenti kat tbs pastu polis naik ramai ramai check kononnya langgar sop ke tidak.

“So aku kena saman sebab tak scan dalam bus? driver tak bagitau sapa pun tak suruh scan mana aku tau dlm bus pun kena scan?!!?

“Aku cakap kat polis “kenapa takde siap maklumkan? Driver pun tak suruh saya scan/tulis. Mana aku tahu tu buku apa dekat driver cabin. Pastu driver diam je pastu polis cakap ‘Saya hanya jalankan tugas saya’ pastu terus tulis saman.”

Pada masa yang sama, kakaknya yang buntu sempat bertanyakan kepada adiknya untuk meminjam duit terlebih dahulu bagi membayar kompaun berkenaan.

Bercerita lebih lanjut, gadis ini turut mendakwa kakaknya sebelum menaiki bas berkenaan telah mendaftarkan diri dengan menulis nama di stesen berkenaan sebelum menaiki bas itu.

Menerusi kertas kompaun yang diterima, menyatakan individu berkenaan gagal untuk mengimbas kod QR MySejahtera dan tidak menulis nama pada buku yang telah disediakan.

Kisahnya bermula apabila bas berkenaan berhenti di Terminal Bas Bersepadu  (TBS), dan semasa di situ semua penumpang telah diperiksa oleh pihak berkuasa.

Perkongsian tersebut bagaimanapun meraih pelbagai respon daripada netizen dan ada yang mencadangkan supaya gadis berkenaan terus membuat laporan.

Sumber: YOY Network