Gadis Excited Main Gelongsor Air Tapi Tersekat Tengah-tengah Buat Netizen Terhibur

Umum mengetahui, negara kita baru sahaja mengumumkan kebenaran aktiviti perlancongan dan merentas daerah. Hal ini sangat membuatkan orang ramai menarik lafas lega kerana tidak perlu ‘berkurung’ lagi.

Ramai yang sudah mula plan untuk balik ke kampung bagi mengunjung kedua ibu bapa, ada juga yang menziarahi pusara dan ada juga yang menggunakan kesempatan yang diberi untuk pergi bercuti bersama ahli keluarga ataupun rakan-rakan.

Tidak hairan lah jalan raya semakin sesak dan tempat perlancongan semakin padat dengan pelancong apatah lagi di taman tema air kerana ianya merupakan tempat tumpuan orang ramai yang suka bermandi manda dan bermain permaianan air yang ada disana.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sekumpuan remaja bercuti ke taman tema air mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok @miratauhid, seorang wanita cuba untuk bermain di salah sebuah gelongsor gergasi yang terdapat di taman tema air itu. Pada pertengahan video itu, menunjukkan wanita itu tersekat di awal laluan gelongsor itu.

Apa yang lebih melucukan, wanita tersebut telah menggunakan badannya untuk menolak dirinya supaya tergelongsor ke bawah bagi meneruskan permainan gelongsor tersebut dan Kejadian lucu ini nyata mengundang dekah rakan-rakannya yang lain.

Video yang tular di laman TikTok:

@miratauhidGhisauuu kekadang🤣 ##bangiwonderland♬ Oh No – Kreepa

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 202.2K tontonan, 10.9K tanda suka, 292 komen dan 280 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau diruangan komen, rata-rata video tersebut mencuit hati warga netizen dan ada juga yang menyifatkan wanita itu tersangkut kerana dia mengenakan baju jenis kain cotton sekaligus memberikan cadangan agar memakai baju renang seupaya mudah untuk bermain gelongsor air tersebut.

Antara komen netizen:

Terkadang, moment-moment lucu bersama rakan sebegini lah yang akan kita kenang dan bawa sampai ke tua.

Sebab itu lah, ciptalah kenangan bersama orang yang kita sayang seperti ahli keluar ataupun rakan-rakan sementara masih ada masa kerana kenangan sememangnya tidak pernah ada tarikh luput.

Kredit: YOY Network