[GAMBAR] Sesuai Untuk Open House, Resepi Puding Marble Mudah, Cantik & Confirm Jadi

Puding marble ini bukan sahaja cantik tetapi mudah disediakan. Ia juga sesuai dimakan ketika cuaca panas dan pencuci mulut ini pasti laris.

Puding ini merupakan resepi turun temurun dari saudari Maria Bentalib yang berkongsi resepi istimewa turut temurun ini.

Resepi ini telah tular di laman sosial Facebook dan mendapat ribuan perkongsian. Resepi ini juga amat sesuai dihidangkan sebagai pencuci mulut.

Bagi sesiapa yang mahu membuat rumah terbuka, pastinya pelbagai menu berlegar di fikiran anda. Anda boleh mencuba resepi ini kerana pencuci mulut ini sangat cantik dan sesuai dijadikan hidangan untuk tetamu yang hadir.

Pastinya anda mahu menghidangkan menu istimewa apabila menjemput tetamu bertandang ke rumah. Menu ini bukan sahaja sesuai malah ia mudah dan hanya menggunakan beberapa bahan sahaja.

Resepi Puding Marble Cantik

“Cuaca panas merelit camni, pekena AGAR AGAR MARBLE sejukkkk. Nikmatnya lahai lalu kat tekak. Meh, kita jengah resepi agar agar marble legend”.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 biji telur
  • 800g gula kasar
  • 2 bungkus agar-agar
  • 2 tin susu cair
  • 10 mug / 1300 ml air
  • 4 sdb serbuk koko di bancuh dengan sedikit air suam.
  • Pewarna merah.

Cara-cara menyediakan puding marble cantik adalah:

  1. Langkah pertama adalah, masak agar agar di atas api sederhana sehingga agar-agar tadi hancur.

2. Apabila agar-agar tadi sudah hancur, bolehlah masukkan gula.

3. Kemudian, apabila gula telah larut dan agar agar menjadi agak pekat bolehlah padamkan api.

*A – Tuang dan tapis agar agar tadi ke dalam sebuah periuk lain. Nyalakan api sederhana.

*B – Pukul susu cair dan telur di dalam mangkuk.

4. Padamkan api dan campurkan kedua adunan *A dan *B.

5. Letakkan aisin vanila. Kacau dan nyalakan api sederhana semula.

6. Kacau sehingga mendidih sehingga adunan menjadi agak pekat sedikit, bolehlah padamkan api.

7. Kemudian, masukkan 3 senduk campuran *A n *B tadi ke dalam mangkuk koko yang sudah di bancuh ngan air suam ni tadi.

8. Masukkan juga 3 senduk campuran *A n *B ke dalam mangkuk pewarna merah.

9. Tuangkan *A n *B ke dalam mangkuk2 acuan.

10. Letakkan bancuhan serbuk koko seperti di dalam gambar.

11. Kemudian giliran warna merah pula diletakkan.

12. Anda boleh gunakan lidi untuk menjadikan corak lebih menarik. Tapi buat zig zag beberape kali je tau jangan godak atau kacau agar2 tu gune lidi tu nanti corak tak cantik.

13. Apabila sudah selesai , agar-agar tadi bolehlah disimpan didalam peti sejuk.

Ini Hasilnya Puding Marble Cantik

Semoga anda berjaya membuat resepi ini, mungkin pada permulaannya agak sukar untuk mencampurkan campuran tadi. Namun jika anda teliti, resepi ini agak mudah dan cantik selepas ia terhasil. Selamat mencuba!

Saidatul
Saidatul
Articles: 20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.