Gara-Gara Muntahkan Air Gula Tak Bagitahu Nurse, Wanita Keguguran Bayi Kembarnya

Tidak dinafikan, kencing manis membahayakan wanita yang hamil dan juga bayi di dalam kandungan dan oleh itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan memo supaya ibu hamil yang berisiko untuk melakukan ujian saringan 24-28 minggu ke hamilan dengan ujian Minum Air Gula.

Bagaikan mimpi ngeri buat ibu hamil kerana rasanya yang sangat manis sehinggakan membuatkan para ibu berasa loya namun prosedur ini amat penting buat kandungan kelak.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu hamil memuntahkan semula air gula tanpa pengetahuan Nurse akhirnya mengundang padah.

Menerusi laporan YOY, disangka tidak berlaku apa-apa namun malangnya bayi kembar yang dikandung gugur oleh kerana tindakannya yang menipu minum air gula.

Bagaimana pun, wanita ini mengambil tragedi tersebut sebagai iktibar setelah berdepan kematian bayi kembar pada kandungan pertama.

Memetik perkongsian Dr Muhammad Izzat yang merupakan pakar dalam bidang Kesihatan Wanita & Kehamilan, beliau menyifatkan pengambilan air gula bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main.