[VIDEO] “Seram giler weh..” Tengah Lepak Ruang Tamu, Gelas Kaca Tiba-tiba Pecah Buat Pemuda Ini Meremang

Bercerita mengenai kejadian mistik, pasti ada diantara kita pernah mengalami situasi yang tidak disangka.

Tambahan pula apabila anda berdepan dengan situasi mistik seorang diri, pasti ia pengalaman yang tidak dapat dilupa.

Malah, ada diantara kita mengalami trauma dengan kejadian-kejadian mistik yang menimpa mereka.

Ketiga-tiga mereka terdengar bunyi pelik dari arah dapur

Begitu juga dengan apa yang dialami oleh 3 orang jejaka ini, satu kejadian pelik berlaku ketika mereka berada di rumah.

Kejadian tersebut dialami oleh ketiga-tiga mereka tanpa disengajakan. Mereka bertiga mendengar satu bunyi pelik yang datang dari arah dapur.

Gelas pecah secara tiba-tiba

Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran mereka ketika itu apabila mendakwa tiga biji gelas di rumahnya pecah secara tiba-tiba.

Ketika kejadian, mereka sedang berada di ruang tamu dan bergegas ke dapur sejurus mendengar bunyi berkenaan.

Kejadian malam Jumaat dirakam tanpa sengaja

Menurut Ahmad Syazwan Mohamad, 29, ia berlaku dalam tiga kejadian berasingan di kediaman yang disewa bersama dua lagi rakannya di Shah Alam, Selangor.

Malah, kejadian terakhir pada Jumaat malam juga berjaya dirakam secara tidak sengaja yang mana video itu kini tular di aplikasi TikTok.

Bunyi kaca pecah 

“Masa tu dalam 10.30 malam, kami sebenarnya nak tengok movie. Dah buat jemput-jemput dan buat air.”

“Ketika saya rakam video sedang tuang air, tiba-tiba kami dengar bunyi kaca pecah di dapur.”

Ini kali ketiga gelas pecah secara tiba-tiba

“Tapi kami tak terkejut. Sebab ia merupakan kali ketiga gelas pecah secara tiba-tiba.

“Kejadian kedua tempoh hari, ia pecah beberapa saat selepas digunakan oleh kawan saya,” ujarnya kepada mStar.

Seorang jiran turut alami kejadian sama 

Lebih mesra disapa Syazwan, dia enggan mengaitkan kejadian itu dengan sebarang unsur mistik, sebaliknya cuba bersangka baik sahaja.

Namun katanya, seorang jiran turut mengadu mengalami kejadian sama beberapa hari lalu.

Selain itu, jiran saya turut bercerita kisah kakaknya ditegur ketika jemur baju masa Maghrib.

Mungkin kaca dah expired, lama-lama akan pecah

“Mungkin kaca tu dah expired, lama-lama akan pecah. Ditambah pula sekarang musim lockdown, kami banyak duduk rumah dan guna gelas-gelas tu.”

“Isi air panas, air sejuk ada kemungkinan ia boleh pecah. Saya tak terfikir ke arah mistik pun.”

Jiran bercerita ditegut ketika jemu baju masa waktu Maghrib

“Kemudian selepas video saya viral, ada seorang jiran hantar mesej. Katanya, gelas di rumahnya turut pecah secara tiba-tiba.”

“Jiran saya turut bercerita kisah kakaknya ditegur ketika jemur baju masa Maghrib. Selepas kakaknya menoleh, tiada siapa pun di situ,” ujar Syazwan lagi.

Saya memang tak fikir ke arah mistik

“Saya memang tak fikir ke arah mistik. Melainkan kalau semua jiran satu lorong rumah saya alami benda sama, itu lain cerita.”

“Bila gelas pecah, saya fikir mengenai kualiti kaca itu saja. Saya terima saja semua komen, mereka nak berbincang di ruangan komen dan sebagainya,” ujarnya yang sudah hampir setahun menyewa di situ.

2.7 juta tontonan setakat ini

Menerusi video yang dimuat naik mengenai kisah itu di aplikasi TikTok, video tersebut telah meraih 2.7 juta tontonan setakat ini.

@ahmadsyazwannNormal ke benda macam ni jadi ? ##fyp ##fypシ ##seram♬ original sound – Ahmad Syazwan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata komen netizen turut mengaitkan kejadian gelas pecah itu dengan elemen mistik dengan pelbagai teori dan dakwaan yang menyeramkan.