Genap 3 Tahun Menghilang Ketika Larian Denai, Abang Akhirnya Kongsi Rakaman Terakhir Acap

Masih segar di ingatan, kisah seorang pemuda bernama Mohammad Ashraf atau mesra disapa Acap yang dilaporkan hilang secara tiba-tiba pada 23 Mac 2019 yang lalu.

Kisah ini sempat menggemparkan seluruh rakyat Malaysia apabila dia dikatakan hilang ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail (GUT) di Gua Tempurung, Perak.

Menurut laporan Sinar, Acap yang memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25km disedari hilang selepas mangsa tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas dalam pertandingan itu.

Acap yang berumur 29 tahun dan berasal dari Muar, Johor itu mempunyai sebuah keluarga kecil, iaitu seorang isteri dan seorang anak perempuan yang sentiasa menanti kepulangannya.

Menerusi sebuah hantaran di Facebook Denny Lang, iaitu abang kepada Acap sentiasa mengingati tarikh keramat dimana adiknya itu lesap secara tiba-tiba dan gagal diketemu sehingga sekarang.

Menurut Denny dia dan beberapa kenalannya menitipkan doa di Mekah agar Acap dan beberapa individu yang senasib dengannya berjaya ditemui dalam keadaan selamat lalu kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

“Genap 3 Tahun Kehilangan Adik Acap. Sebahgian Usaha Kecil Kami Sempatlah Titipkan Doa Di Kota Mekah/Madinah Agar Acap Dan Beberapa Mangsa Hilang Di Beberapa Lokasi Lain Berjaya Ditemui Walau Dimana Jua Dia Berada.. Aamiin” – tulis Denny di Facebook

Bersempena dengan tarikh tersebut, abang kepada Acap ini turut berkongsikan rakaman video terakhir adiknya itu di Youtube yang memaparkan koleksi gambar terakhir Acap di beberapa checkpoint sebelum lesap tanpa sebarang jejak.

Meninjau di ruangan komen rata-rata para netizen juga menitipkan doa agar Acap diketemukan dan dipermudahkan segala urusan keluarga Acap untuk mencari dia.

Dalam pada masa yang sama ada juga yang akui masih mengikuti perkembangan kes Acap sejak 3 tahun lepas.

Antara komen para netizen: