Geng Basikal Wanita Buat Lawak Persenda OKU Ketika Gunakan Tandas Buat Netizen Berang

Beberapa hari lepas, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki yang berlakon seperti Orang Kelainan Upaya (OKU) semata-mata demi mendapatkan parking di sebuah pusat membeli belah di ibu negara Kuala Lumpur mengundang kecaman ramai.

Manakan tidak, dia seolah-olah hilang rasa prihatin dan ‘mencaras’ kemudahan yang disediakan untuk orang OKU.

Terbaru, tular satu lagi video memaparkan dua orang gadis yang berkelakuan seperti Orang Kurang Upaya (OKU) ketika masuk ke dalam tanda OKU mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu j0ker896, kelihatan dua orang wanita yang dipercayai penunggang basikal berlakon seperti golongan OKU untuk masuk ke dalam tandas yang dikhaskan untuk golongan berkenaan.

Apa yang lebih menyakitkan hati adalah, mereka seakan merasakan tidak bersalah dan boleh bergelak ketawa sambil salah seorang daripada nya berlakon seperti mengalami kecacatan.

“Tandas OKU lah katakan. Makanya…”

Video yang tular di laman TikTok:

@j0ker896♬ bunyi asal – user6996176328663

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 352.5K tontonan, 4358 tanda suka, 3774 komen dan 748 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap tidak bermoral wanita ini yang sengaja ‘cari penyakit’. Dalam masa yang sama, warga maya berharap agar isu seperti ini tidak berlaku lagi kerana ianya jelas seperti menghina golongan OKU sekaligus merendahkan golongan ini.

Berikut merupakan komen pedas para netizen:

“semoga lakonan anda menjadi realiti.”

“aku yang oku pun kalau boleh taknak tunjuk oku.. diorang mempersendakan kekurangan kami..”

“jangan jadikan kekurangan orang lain sebagai bahan ketawa”

“anak saya Autisme, saya terima kekurangannya.. jangan lah dipersenda sebegini”

“kifarah dari Allah tak pernah salah alamat”

“tu lah sebab pentingnya ilmu..”

“nak melawak pun biarlah bertempat..”

“perbuatan ini dikira mempersendakan ciptaan Tuhan..”

“jangan seronok sangat, Allah nak tunjuk tu sat ja..”

 

Semoga ini menjadi pengajaran buat mereka yang diluar sana supaya tidak mempersendakan golongan OKU dan mencaras ‘hak’ yang telah disediakan buat mereka.