Gerai Diserang Orang Gila, Makcik Meleleh Air Mata Lihat Lauk Jualan Terabur Atas Jalan Raya

Menjadi seorang peniaga bukanlah satu perkara yang mudah bahkan terpaksa menghadapi risiko seperti cuaca, pelanggan yang biadab, jualan tidak mencapai harga modal dan banyak lagi.
Iospital phone repair gombak
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang berniaga nasi lemak diserang oleh orang kurang siuman telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @Haa_kim59, dapat kita lihat barang jualan wanita berkenaan bertaburan di atas jalan raya dan dipercayai kejadian berlaku di Kota Damansara.


Jelas kelihatan raut sedih wanita itu namun dia tetap meneruskan jualannya dengan baki makanan yang sempat diselamatkan.

“Macam biasa, setiap pagi aku akan beli nasi lemak dekat kedai akak ni. Tapi pagi ni, akak ni baru je nak bukak kedai. Lepas tu datang seorang dengan kereta, ambil dan lempar semua makanan. Allahuakhbar.”

“Semoga akak nasi lemak ni sentiasa dimurahkan rezeki,” tulisnya

Dalam masa yang sama, beberapa orang pelanggan tetap beratur untuk membeli nasi lemak wanita itu walaupun sebahagian lauk sudah jatuh di atas jalan raya.

“Masih terus mencari rezeki walaupun semua barang jualan dibuang, dicampak semua oleh orang gila. Sayu tengok muka makcik ni, meleleh air mata dia bercerita kisah yang terjadi.”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat nasib wanita tersebut sekaligus mendoakan agar dia diberikan kekuatan dalam mencari rezeki.

Bukan itu sahaja, netizen juga bersepakat untuk turun ‘support’ akak ini berniaga bagi memberikan semangat kepadanya.

Antara komen warga maya:

“Rezeki akak dah tertulis.. yang aniaya akak tu Malaikat pun dah tulis juga.. Allah jadi saksi.. semoga akak sabar dan kuat semangat ye..”

“Kenapa la dia buat macam tu.. apa masalah dia..tahu tak semua tu mahal sekarang ni, modal tu guna duit.. dia cari rezeki.. kenapa diabaling2 barang niaga diaa..”

“Bangun awal pagi siapkan semua tu untuk orang beli bukan senang oi”


Video yang tular di laman TikTok:

@haa_kim59 Semoga dipermudahkan urusan Kakak nasi lemak #fyp #akaknasilemak #orangila ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama