Geram Tak Dapat Keluarkan Sum-Sum Tulang Gearbox, Aksi Wanita Sanggup Pecahkan Pinggan Di Kedai Makan Raih Perhatian Ramai!

Malaysia turut mendapat jolokan syurga makanan. Selain pelbagai makanan mengikut bangsa, kita juga turut gemar menikmati pelbagai makanan yang popular di setiap negeri yang terdapat di negara ini.

Malah, ramai diantara kita yang akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan makanan kegemaran mereka malah ada yang sanggup pergi ke negeri lain untuk menikmati makanan tersebut.

Iospital phone repair gombak

Sama juga dengan penggemar tulang gearbox, sum-sum tulang ibarat permata yang sangat berharga dan sering menjadi buruan penggemar makanan ini.

Boleh dikatakan, anda akan berasa rugi dan tak puas hati apabila tak dapat menghabiskan hidangan ini walaupun ia agak rumit untuk menikmatinya ketika berada di kedai.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana aksi seorang wanita mengeluarkan sum-sum tulang telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @pakehofficial, seorang peniaga yang mengusahakan pelbagai hidangan tulang gearbox telah menerima kunjungan beberapa orang pelanggan di kedai makannya.

Pun begitu, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dia melihat pelanggannya sangat gigih mengeluarkan sum-sum tulang sehingga menghentakkan tulang itu pada pinggan makan.

Jika diteruskan berulang kali, pinggan tersebut boleh pecah dan membawa kerugian pada peniaga namun pada ketika itu peniaga dilihat tidak melarang sebaliknya terhibur dengan gelagatnya itu.

“Kata nya sampai harini sis ni tak dapat rasa lemak geatbox tu…” ujarnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan cara wanita tersebut mengeluarkan sum-sum tulang kerana menurut mereka, itu merupakan cara yang salah.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang menasihatkan wanita ini untuk menggunakan straw agar ianya lebih mudah untuk dikeluarkan sum sum di bahagian tersebut.

Antara komen warga maya:

“jgn ketuk.. owg slalu nye telan je 1 tulang tu”

“masa duduk pasir gudang selalu pekena nasi goreng gearbox 👍👍”

Video yang tular:

@pakehofficial Kata nya sampai harini sis ni tak dapat rasa lemak gearbox tu 😌 #fyp #nasigorengpakeh #warisanpakeh #eskeli #xyzbca #fypdongggggggg #fypシ゚viral ♬ original sound – Pak Eh Official