Tindakan tidak senonoh seorang lelaki warga emas yang menjadikan pakaian dalam penduduk di Flat Sri Sentosa, Jalan Klang Lama sebagai bahan melampias nafsu, akhirnya menerima padah apabila ditahan polis, semalam.
Tular satu video di media sosial apabila seorang lelaki dilihat membuat perkara tidak senonoh dengan pakaian dalam wanita yang dijemur di luar kawasan rumah.
Menerusi laporan YOY, suspek berusia 62 tahun terbabit terlihat mengambil pakaian dalam dijemur berhampiran flat berkenaan sambil beronani.
Suspek sangap teruk , hati2 yang mana sidai kain kat luar rumah tu.
Terus terbantut kene sound pic.twitter.com/U4v803WXcq
— LuqmanHakim (@WhotheLH) March 14, 2022
Kredit : @ElmyFriday pic.twitter.com/S9GLPIWYMu
— LuqmanHakim (@WhotheLH) March 14, 2022
Video berdurasi 45 saat itu berjaya dirakam jiran mangsa sebelum dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, @WhotheLH memperlihatkan suspek mengambil pakaian dalam wanita dijemur di luar rumah.
Walaubagaimanapun, tindakan suspek itu ditegur oleh lelaki yang merakam video berkenaan.
Suspek dilihat terus dalam keadaan tergesa-gesa sebelum beredar dengan menaiki sebuah motosikal yang diletakkan di lokasi berhampiran.
Menurut Awani, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, pihaknya menerima laporan berkenaan seorang lelaki mencium pakaian dalam wanita yang dijemur dan melakukan onani.
Pakaian dalam, lelaki atau pompuan sidai la di dalam atau lokasi yg tertutup. Selain faktor maruah, disidai di dalam bole menghindar insiden begini drp berlaku. Bini aku x pernah sidai pakaian dalam aku ke dia ke di luar.
— OthmanKhairi (@OthmanKhairi3) March 14, 2022
Tbh, aku tak faham yang jenis sidai underwear dekat luar rumah ni. Jemur pakaian lain kat luar rumah and jemurla underwear dalam rumah. Malu kalau orang tengok underwear and benda macam dalam video ni boleh je jadi kalau dah dapat dekat si sangap ceni 😌
— SabrinaAzali (@sabrinxzali) March 14, 2022