Habis Semua Baju Dibuang Suami, Wanita dan Anak-Anak Kecewa Terpaksa Berteduh Di Dobi

Mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah. Pelbagai ujian dan rintangan datang untuk menguji pasangan berkahwin.

Pun begitu, itu bukanlah satu alasan bagi pasangan berumah tangga tidak bahagia. Sifat toleransi dan mempunyai komunikasi yang baik sangat penting dalam hubungan ini.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok di mana seorang wanita bersama dua orang anaknya dihalau keluar oleh suami gara-gara berlaku salah faham.

Wanita yang dikenali sebagai Dayang itu dilihat menangis sambil menggendong bayinya kerana kecewa dihalau sehelai sepinggang.

Oleh kerana tindakan suaminya yang membuang pakaian mereka ke luar rumah, mereka terpaksa berteduh di sebuah dobi berhampiran.

Sampai hati kau buat aku dengan anak-anak macam ni. Baju-baju anak-anak aku semua kau buang. Kau halau aku keluar sehelai sepinggang.

Menurut Dayang, perbalahan antara dia dan suami memang sudah banyak kali terjadi namun dia tidak pernah sekali menyangka suaminya tergamak berbuat sedemikian kepada dia dan anak-anak mereka.

Walaupun diduga dengan ujian yang hebat, Dayang reda dengan segala ketentuanNya. Malah dia terima jika jodoh dia dan suami tidak panjang.

Selain itu, Dayang juga menjadikan anak-anaknya sebagai punca kekuatannya dalam mengharungi segala rintangan dalam kehidupan.

Apa pun keputusan esok. Aku pasrah mungkin kita tak ada jodoh. Semoga aku jadi ibu yang kuat untuk aku dan anak-anak. Kemana aku nak pergi dengan anak-anak.

Akan aku ingat perbuatan kau. Sampai hati halau aku dengan anak-anak.

Berikut antara video-video Dayang yang tular di laman TikTok

@dayang_gituu95akan aku ingat perbuatan kau.sampai hati halau aku dgn anak2..♬ suara asli – NALDY BAIK:)✨ – NALDY BAIK:(🥀

@dayang_gituu95apa pon keputusan aku redho yallah…♬ original sound – Darulaman Buskers

@dayang_gituu95cukup sampai sini..♬ original sound – JESBON76