“Habis semua diorang ambil,” Wanita Dikerumun Geng Bajau Laut Masa Island Hopping Buat Netizen Cemas

Mesti diantaa kita sering dengar tentang suku kaum Bajau Laut di Pulau tatangan bukan?

Jika berkunjung ke Pulau Tatangan untuk melihat dengan dekat kehidupan suku kaum Bajau Laut ini, keadaan agak sedikit mencabar kerana penghuninya sedikit agresif. Melihat sahaja bot pelancong menghampiri penempatan mereka, kelihatan kayak dan perahu didayung dengan laju ke arah mereka.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @zandraeusoff telah berkongsi video yang memaparkan situasi cemas ketika dirinya dan keluarga bercuti di Sabah.

Berdasarkan video yang tular itu, dapat kita lihat dirinya dan keluarga telah berkunjung ke Pulau Tatangan yang dihuni oleh suku kaum Bajau Laut.

Tidak dinafikan, perasaan takut dan cemas mula membelenggu diri. Zandra juga dikatakan meminta suaminya untuk memegang anak kerana takut diambil oleh mereka.

Dalam pada masa yang sama, Zandra juga terkejut apabila melihat beg makanan mereka diambil begitu sahaja tanpa meminta izin.

Video yang tular di laman TikTok:

@zandraeusoff #fypシ #fypシ #scarymoments #seagypsy #scary ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.7M tontonan, 110.5K tanda suka, 1572 komen dan 1079 perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pendapat yang berbeza-beza dari pelbagai segi tentang situasi yang dihadapi oleh wanita ini.

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang berkongsikan pengalaman mereka sewaktu berkunjung ke Pulau Tatangan.

Bercerita lanjut, pemandu pelancong telah memaklumkan kepada mereka bahawa mereka dibenarkan membawa makanan untuk diberikan kepada kaum Bajau Laut= namun wanita ini tidak sangka keadaannya menjadi seperti itu.

Dia juga turut diingatkan agar anda tidak memberikan wang kepada kaum tersebut jika anda berkunjung ke Pulau Tatangan ini.

Berikut sedikit penjelasan daripada Zandra:

@zandraeusoff Reply to @akupuntaktau___ #fyp #fypシ #replyingtocomments ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

Bagi menjawab pertanyaan warganet, Zandra juga memberitahu kepada umum Zandra bahawa percutian ke Sabah itu pada April 2019 dan lawatan singgah ke kawasan Pulau Tatangan itu termasuk dalam pakej yang dibelinya.

Default image
admin
Articles: 1052