Rentas Negeri Hadiahkan Kereta Untuk Ibu Bapa, Netizen Persoal Pemilik Butik Fesyen Ini Peroleh Kebenaran

Sehingga ke hari ini, seluruh rakyat Malaysia masih belum dibenarkan untuk merentas negeri jika tiada sebarang urusan penting.

Terbaru, pemilik butik fesyen terkenal telah memuatnaik video merentas negeri untuk memberikan kejutan kepada kedua ibu bapanya.

Menurut Yana Lee dan suami, Hafiz Hamid menegaskan bahawa telah mendapat kebenaran pihak polis untuk merentas negeri dari Kuala Lumpur ke Terengganu.

Malah, tujuan mereka merentas negeri adalah semata-mata mahu memberikan kejutan dengan menghadiahkan kereta baharu buat ibu bapa mereka dan membawa pulang kereta di kampung untuk dijadikan kereta syarikat.

Tambahnya, mereka hanya ke Terengganu balik hari dan juga mematuhi syarat-syarat yang dikenakan seperti hanya 3 orang dibenarkan untuk merentas negeri.

“Ramai yg DM mcmana boleh rentas negeri. Ceritanya mcm nie. Kita dpt kebenaran merentas sbb nak hantar kereta yg @yaana.lee beli utk parents yg jauh nun di Besut.

“Mak ayah warga emas yg x boleh pegi KL. Dan ada few syarat yg dikenakan which is , smlm hantar harini kena blik. And hanya 3 org shj dibenarkan merentas.

“And malam nie, kena bawak blik kereta Alza lama ayoh bwk blik KL utk dijadikan kereta office. Yg penting, mendapat kebenaran rentas yg sah. Penat jadi hafizhamid. Semua benda perlukan explaination.”

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen dimana ada yang berasa terharu melihat video itu.

Akan tetapi, rata-rata netizen menzahirkan rasa tidak puas hati kerana mereka diberi kebenaran untuk merentas negeri semata-mata memberikan kejutan.

Malah, ada juga yang berasa tidak adil kerana para netizen tidak dapat pulang ke kampung berjumpa dengan ibu bapa walaupun atas alasan sakit.

Terdahulu, Yana ada memuatnaik video yang menjadi perhatian netizen apabila dia dan suami pulang ke kampung demi membuat kejutan untuk ibu bapanya.

“ALHAMDULILLAH , SURPRISE Ramadhan untuk mak ayah. Dari Oct tahun lepas booking pre order kereta ni, minggu lepas baru dapat. Syukur Alhamdulillah.

“Kami dapat kebenaran rentas negeri tapi sehari je. Malam ni terus balik kl.

“Walaupon kadang2 mak ayah kita `menolak’ tak mahu duit kita, tak mahu hadiah dari kita, namun rebutlah peluang tetap beri walaupun nilainya sedikit kerana dari situlah Allah lorongkan keberkatan dalam kehidupan kita dan dlm setiap rezeki kita.

“Doakan semoga mak ayah kami panjang umur dan dapat terus berdoa untuk anak2 , sebab doa ibu bapa tiada hijab disisi Allah and sangat mustajab.

“Thankyou untuk semua yang membantu menjayakan surprise ni.”