Halang Parkir OKU Guna Kerusi, Lelaki Ini Beri Teguran Pedas Buat Peniaga Semasa Bawa Anak Ke Taman

Meskipun orang kurang upaya (OKU) dianggarkan mewakili 10 peratus daripada 28 juta rakyat negara ini, namun banyak kemudahan khas disediakan untuk mereka, gagal dihormati sesetengah pihak.

Sikap mementingkan diri tanpa memikirkan kesulitan OKU, menyaksikan orang yang sempurna sifat fizikal, mengambil kesempatan menggunakan kemudahan disediakan kepada golongan itu.

Perbuatan cop parkir di tempat letak kereta OKU memang salah satu jenis kesalahan yang sering kali dilakukan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi perkongsian seorang lelaki dikenali sebagai Isma Nizam di Facebook, dia kesal dengan tindakan seorang brader yang menyuruhnya untuk beralih daripada parkir tersebut untuk tujuan berniaga.

Menerusi perkongsian itu pada awalnya Isma membawa anak istimewanya itu berjalan ke taman untuk beriadah petang.

Justeru itu, dia berdepan kesulitan untuk meletakkan kereta di ruang parkir OKU kerana ia telah ditanda dengan kerusi oleh seorang perniaga.

“Bang bang kita nak turunkan barang dan letakkan van kat sini. Mintak abang alih lah.
“Saya bawa anak OKU bang”. Sambil aku turunkan alat bantu jalan dak Ahmad ni.
“Nanti abang alih ya kereta abang.
“OKU kot bang. Parking pun OKU. Sticker OKU negeri Selangor pun ada, orang OKU pun ada, perlu ke bang saya alih kereta?. Kalau saya sorang tak bawak anak saya, saya tak parking kat petak biru ni. Malu bang badan elok parking kat tempat bukan hak kita ni.
“Ok bang, maaf bang”.
Kemudian aku cakap kat Ahmad.
“Nak, ada kala orang akan ambil kesempatan atas kelemahan kita nak. Kita kena pertahankan hak kita. Dah besar kalau ada macam ni depan mata kau, kau laporkan sahaja.” – tulisnya melalui satu hantaran Facebook.
Tambahannya, dia kesal kerana tahap kesedaran rakyat Malaysia berhubung kemudahan dan keperluan golongan OKU masih jauh ketinggalan dan kurang sensitif.
Menurut temubual Isma di mStar, dia mahu kempen berkaitan dan penguatkuasaan terus dipergiatkan oleh pemimpin dan pihak berkuasa agar golongan OKU tidak ditindas sedemikian rupa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga netizen bersetuju dengan pendapat Isma berkenaan mentaliti orang Malaysia yang kurang sensitif akan hak asasi orang OKU.
Sesetengah daripada mereka juga menyuruh dia viralkan tempat berkenaan untuk ‘mengajar’ peniaga tersebut.
Antara komen warga netizen:
Sumber: mStar,  Facebook Isma Nizam