Hanya Kerana Pertahankan Diri Dari Pencuri, Warga Emas Terduduk Disebalik Tirai Besi

Tular di dada akhbar apabila seorang warga emas berusia 74 tahun telah ditahan pihak polis kerana didakwa melakukan penganiayaan terhadap seorang pencuri di Demak, Indonesia.

Difahamkan, pada awalnya kes tersebut berlaku sewaktu dia menangkap seorang pemuda berusia 30-an yang sedang mencuri ikan di kolam yang dijaganya pada 7 September 2021 lalu.

Kolam ikan tersebut juga dikatakan berlokasi di kawasan yang jauh daripada penduduk setempat di mana terletak di Desa Pasir, Kecamatan Mijen, Kabupaten Demak, Jawa Tengah, Indonesia.

“Pakcik itu memang penjaga kolam ikan di sana, dia juga tidur di pondok di situ. Pada 7 September sekitar jam 6.30 petang, pakcik itu telah menangkap pencuri di kolam tersebut,” kata Hariyanto, peguam dari LBH Demak Raya.

Menurut laporan, warga emas yang hidup sebatang kara ini telah pun menegur pencuri tersebut secara baik.

Namun, warga emas berkenaan diserang dengan menggunakan alat menangkap ikan yang dibawanya oleh kerana pencuri itu tidak dapat menerima teguran tersebut.

“Warga emas itu telah menjerit-jerit pencuri, tetapi tidak ada yang memberikan respon kerana jarak tempat itu dengan penduduk jauh.

“Pencuri itu hendak menyerang warga emas itu, kemudian warga emas berkenaan mengambil sabit dan membaling ke arah pencuri itu untuk melindungi diri,”kata Hariyanto.

Berdasarkan keterangan yang diperolehi, warga emas tersebut mendedahkan bahawa ini bukan kali pertama dia kehilangan barang atau ikan di kolam yang dijanganya itu berlaku. Dia mengakui kolam tersebut pernah kehilangan pam airnya sebelum ini.

“Sebelum ini, kolam ikan yang dijaga sering kehilangan barang. Semalam, pencuri telah berjaya menangkap hampir 20 kilogram ikan. Itulah sebabnya warga emas tersebut memilih untuk tidak berdiam diri lagi,”lanjutnya.

Warga emas berkenaan tekad melaporkan kejadian kecurian tersebut kepada penduduk kampung setelah beberapa minit pergelutan berlaku dan dia juga berlaku jujur bahawa dia teah memukul mangsa dan mencederakannya.

“Selepas itu, bercakap dengan penduduk bahawa telah berlaku kecurian, pencuri itu telah ditikamnya.

“Kemudian pada sekitar pukul 11 malam itu juga, dia telah dibawa ke balai polis atas laporan berkenaan kejadian tersebut,” tambahnya.

Disebabkan setiap negara mempunyai undang-undang demi keselamatan masyarakat, Hariyanto berpendapat penahanan yang dilakukan oleh pihak polis merupakan suatu yang agak keterlaluan.

Lebih-lebih lagi, kes ini telah siap untuk diadili kerana fail tersebut telah dinyatakan P21 oleh pejabat pendakwa raya.

Ianya agak lucu, tidak masuk akal apabila seseorang menangkap pencuri, melindungi dirinya dari ancaman yang dilakukan oleh pencuri tersebut, dipenjara dan dihukum,” tegasnya.

“Untuk berlaku adil, pencuri itu juga perlu dipenjara kerana penipuan, bukan hanya warga emas itu sahaja. Lebih-lebih lagi, dia melakukan perkara itu hanya untuk melindungi dirinya sendiri sahaja,” kata Haryanto.

Walau bagaimanapun, kes ini masih dibawah siasatan dan Polis Demak serta Pejabat Pendakwa Raya Demak masih belum mengulas lanjut tentang isu berbangkit ini.

Harap pegawai penguatkuasa dapat melihat kes ini dengan adil dan pelaku mendapat hukuman yang setimpal. Semoga kebenaran akan terbukti kelak.

Kredit: YOY Network