[VIDEO] Hanya Sempat 2 Bulan Tinggal Bersama, Suami ‘Pergi’ Sehari Selepas Dapat Tahu Bakal Jadi Ayah

Setiap pasangan yang berumah tangga semestinya menginginkan cahaya mata sebagai pelengkap hidup mereka.

Namun tidak semua pasangan dapat menimang cahaya mata dan ada juga yang menunggu bertahun tahun untuk mempunyai anak.

Itulah yang dialami oleh sepasang suami isteri yang terpaksa berjauhan kerana mempunyai tugas dan tanggungjawab dek kerana pekerjaan masing-masing.

Sebelum ini mereka mempunyai Perhubungan Jarak Jauh (PJJ) selam dua tahun dan baru sahaja menetap bersama selama dua bulan.

Setelah menetap bersama, isterinya disahkan hamil sebulan dan mereka sangat gembira dan teruja kerana memang menunggu saat itu.

Namun, kesokkan harinya kegembiraan itu bertukar menjadi tragedi apabila suaminya dijemput ilahi.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Shaa Ibrahim di skaun Facebook, dia memaklumkan bahawa arwah suaminya, Wan Muhammad Hasruldin telah kembali menghadap Ilahi selepas terlibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk pergi ke tempat kerja.

“Pagi tadi saya hantar gambar ni dekat awak sayang. Rupanya awak tak sempat tengok. Allah panggil awak balik.

“Dua tahun awak tunggu sayang. Saya kuat sebab ni. Ni juga last WhatsApp saya sempat hantar dekat awak.

“Lepas ni tak akan ada dah orang yang nak hantar emoji lucu-lucu dekat saya.

“Hari ni GPS awak tak bergerak saya call tapi tak ada siapa yang jawab. Rupanya Allah SWT yang panggil awak dulu”

Itulah luahan yang menyayat hati daripada Sang Isteri. Menurutnya lagi, arwah suaminya sempat meminta menyiap nasi goreng dan dan kunyit namun tidak sempat dijamah kerana terkorban dalam kemalangan.

“Bekal awak tak sempat jamah. Pagi tadi awak request nak nasi goreng pastu udang goreng kunyit.

“Saya tanya awak nak sambal belacan tak. Awak kata nak. Ceria je suara awak sayang.

“Macam biasa breakfast roti bakar favourite awak cuma pagi tadi saya minta tolong awak sapukan butter.”

Allah Sayang Awak

Ujarnya lagi, kawan-kawan arwah suaminya datang menziarah arwah untuk kali terakhir dan mereka turut mengalirkan air mata kerana sedih kehilangan seorang kawan yang baik.

Shaa juga memberitahu bahawa srwah suaminya telah selamat dikebumikan di kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan.

“Saya minta maaf tak mampu tengok awak tadi dekat tempat kejadian.”

Demi Allah awak terlalu baik. Tidak sekalipun awak marah saya. Tidak sekalipun kata-kata kasar keluar dari mulut awak. Allah sayang awak.

Video tular di Tiktok

“Al fatihah buat suami sahabat saya..semoga sahabatku terus kuat…bru mahu rase hidup bersama… Allah ujimu sahabat dgn kehilangn suami buat selamanya.”

@bebop137al fatihah buat suami sahabat saya..semoga sahabatku terus kuat…bru mahu rase hidup bersama…Allah ujimu sahabat dgn kehilangn suami buat selamanya♬ Denting – Fadhilah Intan ✨