“Harga Tiket Skybridge Lagi Murah Dari Parking” Lelaki Ini Kongsi Cara Naik Skybridge KLCC

Bayar Parking Lagi Mahal Daripada Harga Tiket Skybridge

Sejak aku naik Skybridge KLCC hari Selasa lepas, ramai pulak pm tanya macam mana nak naik. Aku ingat aku sorang je baru tau. Rupanya ramai lagi tak tau. 😂

Kat mana nak beli tiket?

Korang pergi entrance KLCC yang ada kereta F1 kat atas kepala tu. Lepas tu pergi ke kiri atau kanan dua-dua pun boleh. Ada escalator untuk turun ke Concourse Level. (Rujuk gambar terakhir)

Macam mana nak beli tiket?

Pertama sekali korang pergi tengok dulu kat skrin tv depan kaunter. Kat situ ada tulis pukul berapa SOLD OUT, pukul berapa AVAILABLE. Jangan jadi macam aku. Sampai KLCC pukul 2 petang. Tunggu member sangkut jam sampai 4.30 petang.

Pergi kaunter tiket ingatkan boleh terus masuk. Sekali tiket takde. Paling awal dapat pukul 7.30 malam.

Lepas tu korang beratur lah kat kaunter & beli tiket. Kena tunjuk IC tau.

Berapa harga tiket?

Boleh rujuk gambar ke 9. Ada sekali jadual hari & masa operasi.

Korang kena berada kat tempat tu setengah jam awal. Aku haritu pukul 7 dah kena ada. Tapi sebab maghrib kan. Lepas solat baru aku pergi. Takde masalah pun sebenarnya. Asalkan tak terlepas waktu untuk masuk.

Masa nak masuk, dia cek tiket. Lepas tu dia akan cek barang-barang kau bawa, scan macam kat airport tu. Makan adalah dilarang apatah lagi merokok.

Satu trip akan ambil masa dalam 30-45 minit. Lepas taklimat keselamatan, staff situ akan bawa korang naik ke tingkat 41 (Skybridge).

Lift dia mak aiii laju. Dia dah sampai tingkat 41, lift apartment aku rasanya baru sampai tingkat 11 kot.

Sampai kat skybridge tu, korang diberi masa 10-15 minit untuk bergambar dan berjalan-jalan atas jambatan setinggi 175m dari aras jalan & sepanjang 58m tu.

Aku sarankan korang naik waktu siang. Sebab waktu malam cermin skybridge tu berkabus. So kabur sikit.

Lepas tu korang akan dibawa naik ke tingkat 83. Tukar lift untuk naik ke tingkat 86 pula. Sini paling best. Ada ruang pameran, lepastu boleh nampak menara lagi satu. Ada teleskop ke apa skop entah, korang teropong ke bawah boleh nampak orang tengah jalan kaki. Kat sini korang diberi masa 15 minit untuk bergambar & berkeliaran.

Last sekali, korang dibawa turun sampai lah ke kedai cenderamata. Harga tak terlalu mahal. Sesuai dengan barang yang dijual. Bini aku pun beli lah magnet KLCC nak lekat kat peti sejuk. RM8.

Ingat tau! Plan tiket tu betul-betul. Disebabkan aku tak tengok skrin depan kaunter tu lah aku kena tunggu 2 jam setengah member aku sangkut jam + 3 jam tunggu giliran tiket. Tiket Skybridge RM28, tiket parking aku RM32. Nah!

**Gambar terakhir tu korang wajib tengok. Risau tak lepas dengan ayahanda kawasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.