Semalam satu video tular apabila tindakan berani seorang anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Shazrin Hafeez yang berjaya menangkap peragut di Taman Mount Austin, Johor Bahru tengahari semalam mendapat pujian ramai.
Menerusi ruangan komen di Facebook Harian Metro, rata-rata warganet menyifatkan pemuda berusia 26 tahun itu ibarat hero yang muncul tepat pada masanya ketika kejadian membabitkan seorang wanita.
Kecil je tapi ‘power’

Ini yang kita mahukan!

Namun siapa sangka walaupun memikul tugas di siang hari, anggota penguat kuasa itu juga melakukan perniagaan menjual burger pada waktu malam.
Berikutan kejadian tular itu, terdapat beberapa individu yang menyeru penduduk sekitar Taman Johor Jaya supaya memberikan sokongan kepada perniagaan Shazrin.
Inilah dia wira kita

Ada gerai burger di Jalan Anggerik

Kawan dari sekolah rendah, ada taekwondo

“Tadi aku share video brader mbjb flying kick peragutkan. Dia childhood friend dari sekolah rendah.
His a taekwondo practitioners. So sambil2 die niaga burger”
“Aku nak mintak tolong semua. Please² share post aku. Kita support bisnes dia. Shazrin Hafeez”
“Ini burger stall mbjb officer itu. Mari jom support our hero!! Rizal Burger”

Sebelum ini, menerusi laporan Harian Metro, dia sedang menjalankan tugas memeriksa petak tempat letak kereta berkupon berdekatan lokasi kejadian sebelum terdengar jeritan wanita meminta pertolongan.
Namun begitu, dia nafi melakukan ‘flying kick’ seperti kelihatan dalam video yang tular itu sebaliknya terus berlari ke arah peragut dan terkam sehingga terjatuh.