“I don’t learn nothing” Budak Lelaki Speaking Bagitahu Hanya Bermain Di Belakang Kelas Buat Netizen Terhibur

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina.

Dalam fasa membesar, anak-anak sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai ragam mereka yang tersendiri dan tidak dinafikan itu juga merupakan satu proses untuk mereka belajar sesuatu perkara.

Macam kita tahu, ada kalanya percakapan anak-anak ini boleh mengundang dekah. Manakan tidak, ada sahaja yang hendak diceritakan dan kadang kala ianya sangat menghiburkan hari-hari kita. Senang kata, boleh hilang penat bekerja jika melayan mereka ni bersembang.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu berkongsi sebuah video memaparkan dirinya yang mengajukan beberapa soalan kepada anaknya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @mylittlehayyan, wanita tersebut bertanya kepada anaknya apakah yang dia pelajari disekolah pada hari tersebut.

Namun siapa sangka dengan selamba anaknya menjawab yang didak mempelajari apa-apa dan dia mengulangi jawapan itu berkali-kali.

“Nothing.. nothing.. Hayyan don’t learn nothing.. Mama, i don’t learn nothing” katanya sambl menggeleng-gelengkan kepala.

Ibunya yang hanya mampu ketawa mendengar jawapan spontan itu mengajukan soalan kedua dimana dia bertanya anaknya bermain apa pada hari tersebut dan anaknya menjawab dia bermain mainan kereta di sudut belakang kelas.

“I play toy at the back.. dumptruck, car and bulldozer” ujarnya lagi

Apa yang lebih melucukan adalah Hayyan siap memberitahu ibunya bahawa maianan tersebut tidak boleh dibawa plang untuk bermain bersama kerana ianya kepunyaan kawannya.

“Harap-harap teacher tak nampak video ni” kata ibunya di ruangan kapsyen

Berikut merupakan video yang tular:

@mylittlehayyanHarap-harap teacher tak nampak video ni 😂♬ I learn nothing – Little Hayyan

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih 3.8M tontonan, 483.0K tanda suka, 6556 komen dan 14.4K perkongsian di applikasi TikTok.

BACA: Ini Senarai 30 Jenis Dan Nama Gelang Emas Yang Mungkin Encik Suami Belum Tahu

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatahnya yang spontan mengatakan tidak belajar apa-apa di sekolah dan hanya bermain di sudut belakang kelas.

Malah ada juga para netizen yang terdiri dari kalangan student berseloroh boleh ‘relate’ dengan kenyataan Hayyan yang lucu itu.

Berikut merupakan komen warga maya: