[VIDEO] “I Memang Dah Lama Plan Cake Ni…,” Ruhainies Mengusik! Kejutan Kek Macam Lipas Buat Risteena Sempena Hari Jadi!

Pelakon Ruhainies ada berkongsi sepotong video pendek saat meraikan hari jadi kakaknya yang juga pelakon, Nur Risteena pada Khamis.

Menariknya, kek bagi meraikan ‘birthday girl’ yang ditempah khas dengan rekaan seperti seekor lipas nyata membuatkan Risteena terkejut dan kelihatan ketakutan pada awalnya. Menurut Ruhainies, bintang berkenaan sememangnya seorang yang takutkan lipas.

“SURPRISE! HAHAHAHAHAHA. Happy birthday sweet 17 @nur_risteena. I hope you love the surprise. I  memang dah lama plan cake ni specially order for risteena.

“Sebab dia dari kecik lagi punya takut lipas tu kalau jerit boleh gegar bangunan. Korang rasa dia makan tak cake tu?“Million thanks and congrats to @madaboutcake_official for the beautiful cake! More than what I expected!“Even last minute order, you guys still made it! Thank you so much,” tulisnya pada ruangan komen.

Video yang sudah pun ditonton lebih 80,000 kali itu turut menerima reaksi pelbagai wargamaya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena)

Turut kelihatan di dalam sesi sambutan ialah rakan terdekat serta ahli keluarga pelakon berkenaan. Tunang Risteena, Isa Khan turut setia menemani.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.