“Ibu tak ada duit” Kesian Tengok Murid Pakai Kasut Lusuh, Netizen Terharu Guru Belikan Yang Baru

Guru umpama ibu bapa kedua yang mana menjaga kita di sekolah dan memberikan didikan yang terbaik. Pastinya, seorang guru tidak sampai hati melihat anak muridnya dalam keadaan susah.
Iospital phone repair gombak
Seperti kisah yang tular baru-baru ini seorang guru belikan kasut untuk anak murid mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @tcer.nana, pada awalnya dia berasa kasihan melihat anak didiknya memakai kasut yang lusuh dan lama.

Tidak boleh membiarkan perkara itu terus berlaku, dia bagaimanapun membelikan kasut yang baru untuk kedua muridnya itu.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila anak muridnya dilihat sangat gembira dan terus memakai kasut yang baru dibelikan.


Moment yang membuatkan ramai kagum apabila anak muridnya itu menerima sahaja hadiah dari gurunya walaupun ianya sedikit longgar.

“Longgar pun tak apa”, kata anak muridnya.

“Ibu tak ada duit”, kata salah seorang anak muridnya lagi. Perkara itu membuatkan ramai rasa sebak.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen simpati dengan nasib murid tersebut yang tidak mampu untuk memakai kasut yang baharu namun kagum dengan sikap mereka yang merendahkan diri serta menghargai hadiah yang diberi.

“That ‘kalau longgar pun tak apa’, that ‘tak ada duit’, and ‘alhamdulillah’ they are sooo pure” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga berterima kasih kepada guru tersebut kerana tidak berdiam diri ketika melihat anak muridnya dalam keadaan susah

Antara komen warga maya:

“Alhamdulillah.. tahniah teacher”

“Semoga Allah murahkan rezeki teacher sebab tak pernah berkira dengan anak murid.”

“Tetiba sebak.. semoga semua anak2 berjaya dunia dan akhirat”

“Sedih ye bila dia sebut kalau longgar pun tak pe”

“Terus bergenang bila budak tu cakap ibu takde duit n alhamdulillah”

“Auto nangis dengar betapa jujurnya anak2 ni and pandai menghargai”

“Bila jadi pendidik macam ni la realitinya.. macam anak2 sendiri”

Video yang tular di laman TikTok:

@tcer.nana @ALLAMERICASHOE boleh sponsor sekolah saya tak? Hehehehe #tcernana ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline