Ibu Tenang Ditanya Kulit Anak Pramatang Gelap, Video ‘Glow Up’ Bayi Ini Buat Netizen Kagum

Kebanyakan tempoh kehamilan adalah sehingga 40 minggu namun bayi yang dilahirkan sebelum minggu ke-37 disebut sebagai kelahiran bayi pramatang.

Bagaimana pun, itu bukanlah satu perkara yang perlu dibimbangkan kerana kebanyakan daripada mereka dapat membesar dengan baik dan sihat.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu yang dikenali sebagai Desy Arnita Sari Abd Rahman berkongsi pengalamannya melahirkan anak sulung, Fateema Darweena pramatang mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, ayi comel itu dilahirkan di Hospital Putrajaya pada tanggal 2 Ogos 2021, ketika kandungannya baru berusia 26 minggu.

“Sepanjang kehamilan, semuanya baik-baik saja. Pada 28 Julai 2021, saya terima dos pertama vaksin Covid-19. Dua ke tiga hari selepas itu, perut saya dah sakit, saya mula alami contraction.”

“Saya pergi ke klinik swasta, mereka kata bukaan dah dua sentimeter (cm). Terus saya ke hospital. Jadi saya pun dimasukkan ke wad. Akhirnya, pada 2 Ogos jam 6.50 pagi, saya melahirkan anak perempuan.”

“Anak saya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selama 81 hari. Sepanjang dia di NICU, saya hanya dapat tengok anak dalam tiga kali saja. Sepanjang tempoh itu, memang saya kerap memangis.”

“Rasa lain sebab saya sendirian. Ibu-ibu yang lain dapat pulang dengan bayi. Saya pula balik tanpa anak. Ketika berpantang memang teringatkan anak sepanjang masa,” ujarnya yang mesra disapa Desy.

Bagaimana pun, dia dan suami Mohamad Nurfikri Amir Awang, 30, akhirnya menerima berita gembira apabila puteri sulung mereka dibenarkan discaj pada 23 Oktober tahun lalu.

“Pada 23 Oktober, mereka hubungi saya dalam jam 12.30 hari, memaklumkan bayi kami dapat discaj pada petangnya. Ketika itu tangan saya menggigil, rasa macam tak percaya. Saat yang ditunggu sudah tiba”

“Tapi selepas discaj, bayi saya masih perlu melalui pemeriksaan susulan setiap minggu untuk memeriksa keadannya kesihatannya. Alhamdulillah, sehingga hari ini, doktor berpuas hati dengan tahap perkembangannya,” ujar Desy.

Berdasarkan apa yang dimaklumkan oleh Desy yang merupakan penasihat kewangan yang menetap di Bangi, Selangor ini, pada awalnya ada segelintir individu yang mempersoalkan keadaan anaknya yang ketika itu berkulit gelap.

Memilik untuk tidak senang melatah, Desy menjawab segala persoalan dengan tenang dan positif.

“Selepas discaj, ramai yang tanya kenapa saiznya sangat kecil? Ada yang tanya kenapa kulit gelap? Saya tak ambil hati, saya jelaskan bahawa anak saya lahir pramatang.”

“Mungkin ramai yang tak tahu. Dalam keluarga saya pun, ini merupakan kelahiran pramatang yang pertama. Tapi Alhamdulillah, sekarang keadaan bayi saya makin berubah, dia pun dah masuk umur lima bulan. Saya harap dia akan sihat sampai besar,” ujar Desy lagi.

Video yang tular di laman TikTok:

@desyarnitaa96 My little fighter♥️ #babyprem #26weeks5days #960g #nicu #babytransformation #fyp ♬ original sound – – chocolate

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 🎖PRUBSN TAKAFUL (@desyarnitaa)

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 843.8K tontonan, 63.9K tanda suka, 1432 komen dan 475 perkongsian di applikasi TikTok.