“Ikan dah lama rancang, Sifu yang lalai” Baru Nak Tunjuk Hasil Tangkapan, Sekali Ikan Terjun Sungai Buat Netizen Terhibur

Tidah dinafikan, aktiviti memancing merupakan salah satu aktiviti yang menenangkan. Oleh itu, sdah pasti mereka akan fokus kepada pemilihan lokasi yang bersesuaian.

Selain menjadi kepuasaan kepada para pemancing setelah mendapat hasil tangkapan, mereka juga dapat menikmati keindahan alam semula jadi tidak kiralah di sungai mahupun di lautan.

Ada yang menjadikan aktiviti memancing ini salah satu daripada hobi mereka untu menghilangkan bosan tatkala waktu lapang dan ada juga yang memancing untuk mencari rezeki.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana ikan yang dipancing oleh beberapa pemuda di Sungai Liang, Raub, Pahang terlepas mencuri perhatian ramai.


Menerusi perkongsian YOY, sebuah video yang di muat naik oleh Lanz Lanzz di group Facebook Geng Pancing Malaysia, dapat kita lihat ikan yang dipancing olehnya telah terlepas semula ke dalam sungai.

“Dugaan pemancing tepi sungai sungguh mencabar,” katanya menerusi kapsyen di video itu.

Dapat kita lihat, Lanz dan rakannya pada awalnya hanya ingin menunjukkan ikan yang berjaya dipancing oleh mereka. Tetapi nasib mereka tidak baik apabila ikan tersebut telah melompat keluar ketika bekas dibuka dan tidak dapat ditangkap semula.

Video yang tular di laman Facebook:

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 17K tontonan, 1.1K Komen dan 707 perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat kejadian itu dan mereka menyifatkan bahawa mungkin sudah bukan rezeki mereka kerana nasi yang sudah berada di dalam mulut pun boleh terjeluak semula jika sudah memang bukan rezeki.

“Kalau ikan sendiri ok lagi, kena ikan kawan mau berbakul kena sumpah seranah ni..ape pun tabah bang..”-Netizen

Dalam masa yang sama, para netizen juga sempat berseloroh mengatakan bahawa ikan tersebut sudah lama rancang dan ‘sifu’ itu sahaja yang lalai.

Antara komen menarik daripada warga maya: