“Ilmu legend” Baling Pemadam Jawab Soalan Exam, Gelagat Pelajar Ini Buat Netizen Terhibur!

Bila tiba sahaja musim peperiksaan, pasti ramai dikalangan pelajar yang mula ‘cuak’ apatah lagi jika mereka tidak mengulang kaji pelajaran dengan secukupnya.
Iospital phone repair gombak
Sudah tentu setiap daripada pelajar memiliki cara yang tersendiri untuk menjawab peperiksaan contohnya membuat formula sendiri beberapa minit sebelum exam dan banyak lagi.

Namun lain pula ceritanya dengan gelagat seorang pelajar ini mengikuti ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di sekolahnya nyata mengundang dekah ramai!

Manakan tidak, dia dilihat membaling pemadam sebelum ‘menembak’ pilihan jawapan yang ada di atas kertas peperiksaan.


Memetik laporan mStar, Mohamad Zaim Assih, 30, yang juga seorang guru, dia terhibur melihat gelagat murid dikenali sebagai Damia itu sebelum bertindak membuat rakaman video secara spontan.

“Kejadian berlaku ketika PBD pada hari Selasa. Damia, seorang murid bangsa Melayu sedang menjawab paper Bahasa Cina. Dia tanya saya, tapi saya pun tak tahu Bahasa Cina. Sebab saya ajar dia Pendidikan Jasmani (PJ) dan Bahasa Melayu (BM).”

“Ketika saya sedang ronda kelas, saya ternampak dia baling-baling pemadam sebelum ‘tembak’ jawapan. Agak lama dia buat macam tu. Saya terhibur dan terus rakam video,” ujarnya yang bertugas di sebuah sekolah jenis kebangsaan (SJK) di Johor.

Senang disapa Zaim, dia turut meminta kebenaran ibu bapa Damia sebelum berkongsi video tersebut ke aplikasi TikTok.


Tambah Zaim, dia tidak menyangka video itu tular dalam tempoh singkat, namun terhibur membaca segala jenaka netizen yang berasa lucu melihat kejadian itu.

“Damia tak perasan ketika video dirakam. Tapi saya ada minta kebenaran ibu bapa sebelum kongsi video, mak dia memang kenal saya. Saya dah mengajar Damia sejak dia darjah tiga.”

“Mak dia cakap dah suruh belajar tapi tak nak, tu dia main pemadam. Ramai juga netizen komen bahawa ia teknik turun temurun. Ramai sebenarnya yang cari jawapan dengan cara ini. Pada saya, itu semua ragam murid-murid. Setiap kelas ada ragam berbeza.”

“Ada yang baling kertas, tulis kat pemadam, yang simpan buku dalam tandas pun ada untuk meniru. Cikgu memang tahu, ini situasi yang sentiasa berlaku dalam dunia pendidikan. Tapi cikgu juga akan sentiasa pesan supaya mereka jujur.”

“Paling penting kena buat sehabis baik. Saya cuma minta mereka yang tengok video ini agar doakan kejayaan anak didik saya, agar mereka berjaya dunia akhirat,” ujarnya lagi.

Bercerita mengenai Damia, Zaim berkata murid itu merupakan pengawas pusat sumber yang sangat ringan tulang dan sering ke depan apabila guru memerlukan bantuan.

Mengenai dirinya pula, Zaim yang berasal dari Sabah turut mengajar subjek Pendidikan Seni Visual dan mula berkhidmat dalam bidang perguruan sejak tahun 2016.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur malah akui perkara tersebut menggamit semula nostalgia ketika berada di banku sekolah.

Antara komen warga maya:

“Dia buka paper sebelah.. mashaAllah banyak lagi”

‘Plot twist semua jawapan yang dia teka pakai pemadam betul”

“Ada juga perangai macam ni hahahaha terima kasih adik sebab kau ingat kan aku balik kenangan macam ni”

“Dia punya stress tu.. lain yang dia belajar lain yang keluar ni.. hahaha pemadam jelah jawabnya..”


Video yang tular di laman TikTok:

@im_chowokbukan main kau baling2 pemadam ek.. jgn risau.. masa paper maths saya pun cam ni juga ♬ suara asli –