[VIDEO] “Inai merah lagi..” Baru 2 Minggu Nikah, Wanita Sedih Dicerai Talak 3

Bagi setiap pasangan di dunia ini pastinya mengimpikan kebahagiaan hakiki sebaik sahaja melangkah ke alam perkahwinan kerana itu lah salah satu tujuan perkahwinan.

Walau bagaimanapun tidak semua orang berpeluang merasai kebahagiaan tersebut selama-lamanya.

Malah ada yang hanya mampu bertahan beberapa minggu dan hari sahaja.

BACA: Hampir Bercerai Mentua Tuduh Isteri Mandul, Rupanya Kebenaran Terbongkar Bila Periksa Sperma Suami

Itulah yang dilalui oleh seorang wanita ini yang mendakwa hubungan perkahwinannya hanya bertahan selama dua minggu sahaja sebelum dia diceraikan dengan talak tiga.

Menerusi beberapa video pendek yang dimuat naik di TikTok, Dekjaa Erniza memaklumkan selepas bertahun mengenali antara satu sama lain, dia dan suami membuat keputusan untuk berumah tangga dan pada pada 25 Mac 2021 yang lalu pasangan ini selamat diijabkabulkan.

BACA: “Bini tua buat tak reti je..” Suami Terlantar Str0k, Isteri Muda Menyesal Terpaksa Jaga

Tetapi apa yang lebih meruntun hati apabila kebahagiaan yang dibina dipercayai hanya mampu bertahan selama dua minggu sahaja sebelum si suami dikatakan membuat keputusan untuk meninggalkan dirinya.

Lebih mengejutkan wanita ini mendakwa dia telah diceraikan dengan talak tiga.

“Terima kasih untuk perkahwinan 2 minggu.”

@dekjaaernizaterima kasoh untuk perkahwinan 2minggu ##kuatkanhati♬ original sound – DiaryNiki

“Inai merah lagi, sijil nikah belum daftar lagi. Baru dua minggu awak halalkan saya, awak dah buat keputusan tinggalkan saya.

“Saya redha, terima kasih beri saya peluang jadi isteri awak selama dua minggu ini.”

Dalam kesempatan itu, wanita ini meluahkan rasa syukur kerana suaminya sudi menerima dirinya sebagai isteri meskipun untuk tempoh yang singkat.

“Terima kasih untuk segalanya , saya terima kalau itu takdir saya.”

@dekjaaernizaterima kasih untuk segalanya , sye terima kalau itu takdir sye …##doakansyeteruskuat ##25/3/2021-07/3/2021♬ Masa Lalu – Alif

 

“happy dengan life sendiri sekarang ”

@dekjaaernizahappy dengan life sendiri sekarang ,❤️♬ Mi favorite song –

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa simpati terhadap nasib yang menimpa wanita ini.

 

Sumber: YOY Network