Ingat Ada Orang Jala Ikan, Rupa-Rupanya Rider Foodpanda Jatuh Dalam Longkang Akibat Langgar Lari

Dalam kita sibuk berusaha keras mencari rezeki, pelbagai cabaran dan onak duri yang harus ditempuh oleh seseorang demi mencari sesuap nasi.

Iospital phone repair gombak

Walaupun kita sudah berhati-hati, akan tetapi mungkin disebabkan orang lain kita pula yang kena tempiasnya.

Sebagai masyarakat yang prihatin, kita haruslah cakna dengan keadaan sekeliling dan bantu mereka yang memerlukan pertolongan.

Baru-baru ini tular satu perkongsian di laman TikTok seorang wanita yang meluahkan rasa terkejutnya apabila melihat kelibat seorang penghantar makanan di dalam longkang ketika dalam perjalanan bersama suaminya ke suatu destinasi.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @prettyayue, kelihatan rider tersebut baring terdampar berdekatan dengan sebuah longkang yang dipenuhi dan apabila diteliti betul-betul, barulah kelihatan motosikalnya tenggelam di dalam air longkang berkenaan.

Difahamkan, rider tersebut dilanggar lari sehingga terbabas lalu masuk ke dalam longkang bersama dengan motosikalnya.

“Mula-mula tak perasan pun ada orang jatuh dalam longkang. Husband nampak, kenapa ada orang dalam longkang tu sayang. Dia ingat ada orang jala ikan. Pergi dekat baru nampak kepala motor.

“Ya Allah memang tak ada siapa pun tolong dia. Kesian dia terkapai-kapai nak naik ke atas. Semoga abang Foodpanda diberikan rezeki yang luas, seluas langitMu ya Allah,” luah perakam video tersebut yang dikenali dengan nama Ayu.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang turun membantu rider tersebut serta menitipkan doa buat rider tersebut.

Manakala, ada juga yang berkongsikan kisah kenalan mereka yang menerima nasib yang sama suatu ketika dahulu.

Antara komen netizen:

“Allahu… Mulianya hati abang yang bantu ni.Kesian dia🥺”

“arwah kawan sy dulu pun meninggal sbb lemas jatuh longkang tak ade org nampak motor tertindih dia, Al-Fatihah UTK sahabat🥺”

“Ya allah nasib akak dn abg kak nmpk dn tlong kesian dia..Ya allah permudhkn lh urusn abg tu allah tu maha adil siapalh lnggr lari tu..xde belas kasihn”

Video TikTok yang tular:

@prettyayue Bukan senang utk mencari rezeki. Langgar lari. #foodpanda #riderfoodpanda #riderfoodpandamelaka #fypシ #fyp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Jenslye (vinslye) – jenslye lucy fantica