“Ingat nak libas” Bawa Tali Pinggang Nak Marah Anak, Rupanya Jadi ‘Ular’ Buat Netizen Terhibur

Menjadi seorang insan yang bergelar ayah bukanlah satu perkara yang mudah seperti yang disangkakan.

Selain merupakan ketua keluarga yang mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menjaga kestabilan keluarga, ayah juga merupakan pelindung buat anak-anaknya.

Bukan itu sahaja, malah dia mempunyai caranya tersendiri untuk mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna kelak.

Tegas seorang ayah ni bukan ‘biasa-biasa’, namun sekali keluar ‘punchline’ dia, sekali dengan isteri berguling gelak!

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ayah dilihat ingin melibas anak dengan tali pinggang tetapi bertukar menjadi insiden kelakar telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @fina_nor_erna, memaparkan seorang ayah yang sedang memarahi anaknya di ruang tamu.

Dengan memegang tali pinggang, si ayah kelihatan begitu serius dengan muka ketatnya seolah-olah ingin melibas anaknya namun sebenarnya itu hanya menakutkan mereka saja.

Oleh kerana takut, anaknya berlari ke arah sofa dengan menangis sambil menutup mukanya kerana risau dilibas si ayah.

Namun siapa sangka, tiba-tiba ayahnya dilihat membuat persembahan menggunakan tali pinggang yang dipegang. Dia berlakon seperti ular untuk memujuk anaknya yang sedang menangis itu.

“Takk sebenarnya aku pun tak sangka lawak dia tu” katanya di ruangan kapsyen.

Video yang tular di laman TikTok:

@fina_nor_ernaTakk sebenarnya aku pun tak sangka lawak dia tu🤣 ##fyp♬ Belum Siap Kehilangan – Afiq Adnan

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 3.1M tontonan, 291.2K tanda suka, 3657 komen dan 3388 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat ayahnya yang ‘sakan’ menyakat anak-anak. Dalam masa yang sama, para netizen juga turut berdekah dengan reaksi anaknya yang terbaring di sofa seperti dalam ‘drama’.

Berikut merupakan komen daripada warga maya:

“dramatic gila budak tu sampai berguling kat sofa”

“disebalik kemarahan seorang ayah ada juga gelak tawanya”

“aduhhh aku igt dia nk libas kt anak dia”

“plot twist terbaik”

Kredit: YOY Network

Default image
admin
Articles: 1052