“Ingatkan dapat mesej MKN,” Wanita Terkejut Kad Debit Habis Dijoli Guna Paywave

Dizaman yang serba canggih ini, sememangnya kad debit memudahkan urusan harian kita apatah lagi kini kita sudah mempunyai kaedah ‘pay wave’. Disamping tidak perlu memegang duit dengan jumlah yang banyak, kita juga dapat mengelakkan diri daripada di samun.

Namun pun begitu, malang tidak berbau, disebabkan kecuaian, ianya juga boleh mendatangkan kerugian pada kita.

Sama juga dengan video yang tular baru-baru ini dimana seorang peniaga wanita yang dipercayai menetap di Lukut Port Dickson, Negeri Sembilan berkongsi pengalaman bahawa ada individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan kad debitnya mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video tersebut, dia mengakui bahawa dia lebih gemar mengguna kaedah ‘pay wave’ daripada kaedah yang perlu memasukkan nombor pin kerana dianggap mudah dah menjimatkan masa sehinggalah tragedi hitam berlaku dimana kad debitnya itu dikatakan hilang.

Dia yang mesra disapa Liza, dia mendakwa lebih 8 transaksi dilakukan termasuklah di sebuah kedai emas.

Dalam pada itu, Liza juga memaklumkan bahawa dia ada menerima mesej daripada pemberitahuan sebelum ini mengenai transaksi tersebut namun dia menganggap mesej yang diterima merupakan mesej daripada pihak MKN yang ingin mengigatkan masyarakat tentang SOP.

Menyedari duitnya ‘lesap’, dia segera membuat laporan polis dan Liza juga sempat mengingatkan orang ramai agar menghadkan jumlah perbelanjaan kad masing-masing agar tidak lagi berlaku perkara seperti ini.

Video yang tular di laman TikTok:

@lizashely #keeprunning #tiktokmalaysia #masukberandafyp #fypppppppppppppppppppppp ♬ original sound – lizashely87

Bagaimana pun, beberapa hari selepas itu, dia pergi ke kedai emas Jin Wei dan KK supermarket Port Dickson untuk melihat CCTV dan akhirnya wanita ini dapat sekeing gambar jelas muka si pelaku.

Dengan kuasa viral netizen, Si pelaku sudah tampil memohon maaf dan menggantikan kesemua wang yang telah digunakan itu.

@lizashelyalhamdulillah.. yg menggunakan kad sy dh tampil mohon maaf & bayr balik duit tersebut..terima kasih warga tiktok yg buatkn content ni viral☺️♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

“Assalamualaikum…..maaf pd yg tertanya2 kes sy yg viral hri ni…sbnrnya dh beberapa hri kejadian tu berlaku, niat sy post di tiktok utk buat peringatan shj…tak sangka viral di fb..

“Terima kasih sgt pada page2 yg Up kan content sy tu…. Sy lambt buat tindakkn sblm viral sbb masa pergi buat report, sy dh tanya pada pegawai polis yg berkaitan, sama ada boleh sy pergi cek cctv kedai sendiri @ tak.

“Pegawai ckp tgu pihak mereka call..tapi hampa,bila lama menunggu xde apa2 respon sy terus call balai,seperti yg di duga, xde apa2 tindakkn pon, kes kne rujuk sendiri ke bank berkaitan.

“Kalau taw dri awl x pyh nk tunggu lama2.. Sy terus pergi ke kedai emas Jin wei & kk supermarket Pd utk mntk tgk cctv.Alhamdulillah pekerja2 sgt2 baik bantu sy hingga dptlah gmbr yg berkaitan..

“Terima.kasih juga pada kawn2 Fb yg share² kn post sy, Syafina Fina & Filzah Adilah antara yg byk tlg sy jawb komen2 netizen…allah shj yg mampu balas jasa korang berdua..

“ALHAMDULILLAH, DUIT YG DI GUNA TELAH DI GANTIKAN SEMULA.. YG BERTANGGUNGJAWAB DH TAMPIL MEMINTA MAAF..

“WALAUPON SY TAHU X SEMUA YG DI CERITAKN TU BETUL, CCTV SY TGK DRI AWL SMPI AKHIR

“KUASA ALLAH…MASIH REZEKI SAYA….KUASA VIRAL…ALHAMDULILLAH…”

Ketika artikel ini dituis, video tersebut telah meraih 104.0K tontonan, 3666 tanda suka, 405 komen dan 1129 perkongsian di applikasi TikTok.

Kredit: YOY Network