Ini 21 Pertuduhan Ke Atas Najib Di Bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadapi 21 pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), lapor Malaysiakini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, 21 pertuduhan itu melibatkan dana sebanyak RM2.6 bilion (AS$681 juta).

Walaubagaimanapun, Najib mengaku tidak bersalah terhadap kesemua 21 pertuduhan dan mohon dibicarakan.

Baca: “Saya Bukan Pencuri” – Najib Razak

Ini 21 Pertuduhan ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak tersebut:

1. Bahawa beliau menerima RM155 juta daripada akaun Perbadanan Kewangan Tanore di Falcon Bank, Singapura pada 22 Mac 2013;

2. Bahawa beliau menerima RM155 juta lagi daripada Tanore Finance Corporation pada 22 Mac 2013;

3. Bahawa beliau menerima pemindahan ketiga sebanyak RM155 juta dari Tanore Finance Corporation pada 22 Mac 2013;

4. Bahawa beliau menerima RM188 juta daripada Tanore Finance Corporation pada 26 Mac 2013;

5. Bahawa beliau menerima RM231 juta dari Tanore Finance Corporation pada 28 Mac 2013;

6. Bahawa beliau menerima RM138 juta dari Tanore Finance Corporation pada 28 Mac 2013;

7. Bahawa beliau menerima RM152 juta dari Tanore Finance Corporation pada 8 April 2013;

8. Bahawa beliau menerima RM304 juta dari Tanore Finance Corporation pada 9 April 2013;

9. Bahawa beliau menerima RM602 juta dari Tanore Finance Corporation pada 10 April 2013

10. Bahawa beliau terlibat dalam pengubahan wang haram dengan memindahkan RM652 juta dari akaun Ambanknya kepada Tanore Finance Corporationon 2 Ogos 2013

11. Bahawa beliau terlibat dalam pengubahan wang haram dengan membayar RM20 juta kepada Umno pada 2 Ogos 2013;

12. Bahawa beliau terlibat dalam pengubahan wang haram dengan membayar RM100,000 kepada bahagian Umno Batu Kawan pada 7 Ogos 2013;

13. Bahawa beliau terlibat dalam pengubahan wang haram dengan membayar RM246,000 kepada Lim Soon Peng;

14. Bahawa beliau terlibat dalam pengubahan wang haram dengan membayar RM2 juta kepada ORB Solutions Sdn Bhd pada 12 Ogos 2013;

15. Bahawa beliau terlibat dalam pengubahan wang haram dengan membayar RM303,000 kepada Semarak Consortium Sdn Bhd pada 14 Ogos 2013;

16. Bahawa beliau terlibat dalam pengubahan wang haram dengan memindahkan RM326.8 juta kepada Tanore Finance Corporation pada 15 Ogos 2013;

17. Bahawa beliau terlibat dalam pengubahan wang haram dengan memindahkan RM327.3 juta kepada Tanore Finance Corporation pada 15 Ogos 2013;

18. Bahawa beliau terlibat dalam pengubahan wang haram dengan memindahkan RM181.8 juta kepada Tanore Finance Corporation pada 22 Ogos 2013

19. Bahawa beluau terlibat dalam pengubahan wang haram dengan memindahkan RM545.8 juta kepada Tanore Finance Corporation pada 23 Ogos 2013

20. Bahawa beliau terlibat dalam pengubahan wang haram dengan memindahkan RM150 juta kepada Tanore Finance Corporation pada 27 Ogos 2013

21. Bahawa beliau terlibat dalam pengubahan wang haram dengan memindahkan RM12.4 juta ke akaun Ambank lain yang dimilikinya pada 30 Ogos 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.