Pasangan Instafamous Rentas Negeri ‘Honeymoon’ Dipenjara dan Didenda

Pasangan suami isteri yang tular merentas negeri ke Johor kerana ‘honeymoon’ dipenjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memberi maklumat bertulis palsu, bulan lalu.

Menerusi laporan Malaysia Gazette, Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed, 24, yang memakai jubah kelabu manakala suaminya, Azharique Shah Abdul Jalil, 23, berjubah putih dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Sebelum ini, tular gambar pasangan itu di media sosial kononnya pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan dan cuba memberi tip kepada netizen berkenaan cara-cara untuk merentas negeri.

Pasangan tersebut telah hadir ke Balai Polis Wangsa Maju, untuk memohon permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Johor Bahru atas urusan perniagaan dan mereka telah mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat.

Terdahulu, tular lagi di media sosial mengenai seorang instafamous yang terkenal dengan produk inai ataupun henna, Datin Inaz merentas negeri kerana pergi ‘honeymoon‘ bersama suaminya.

Perkara itu menjadi perbualan hangat netizen-netizen di Twitter yang merasakan perkara itu tidak sepatutnya dibenarkan kerana ia bukan hal kecemasan.

Melihat kepada IG Stories yang di muat naik oleh Datin Inaz, beliau dilihat menjawab segala pertanyaan pengikutnya di ruangan Ask Me di Instagram, mengenai bagaimana beliau merentas negeri, ini jawapan Datin Inaz :

Menurut instafamous berkenaan, beliau meminta kebenaran dari pihak polis untuk merentas negeri berdasarkan budi bicara mereka dan memiliki surat rasmi yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perkara itu sekaligus mengundang kemarahan ramai netizen yang mengatakan bahawa instafamous berkenaan tidak sensitif dengan keadaan sekeliling kerana ada sesetengah yang mempunyai hal kecemasan namun tidak dibenarkan merentas negeri.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, seorang ahli perniagaan telah datang bersama isterinya ke Balai Polis Wangsa Maju untuk memohon permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Johor Bahru, Johor atas urusan perniagaannya.

“Lelaki itu telah mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat. Berdasarkan dokumen yang dikemukakan olehnya, permohonan rentas negeri tersebut telah diluluskan oleh polis bermula pada Rabu hingga Sabtu,” katanya dalam kenyataan.

Ashari berkata, gambar pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu telah tular di media sosial kononnya pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan sehingga dikecam oleh netizen.

“Netizen mempersoalkan kebenaran rentas negeri yang diberikan pihak Polis kepada pasangan ini untuk tujuan berbulan madu,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan pasangan tersebut mengesahkan bahawa mereka telah menginap di sebuah resort di Johor sepanjang urusan perniagaan mereka di sana.

“Mereka telah mengemukakan bukti segala urusan perniagaan serta resit tempat penginapan mereka.

“Pasangan ini juga mengesahkan ada memuat naik gambar mereka di akaun Instagram milik isterinya,” katanya

Beliau berkata, pasangan itu menafikan berada di Pulau Perhentian, Terengganu sepertimana yang telah ditularkan.

“Lelaki itu telah menjelaskan ‘posting’ yang dimuatnaik di Instagram oleh isterinya bersifat peribadi tetapi telah ditularkan di Twitter,” katanya.

Ashari menasihatkan orang ramai yang mendapat kelulusan rentas negeri agar sentiasa berhati-hati dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebenaran rentas negeri yang dikeluarkan oleh pihak polis.

Default image
admin
Articles: 831