“Petang semalam kata dah meninggal, malam tadi kata nazak pula” Pelakon Badrol Shah Keliru

Pandemik yang melanda dunia kini sangatlah merbahaya untuk sesiapa sahaja yang dijangkiti. Ia bukanlah sejenis virus biasa malah boleh meragut nyawa.

Tidak ada seorang suami yang sanggup kehilangan isteri tercinta, dan juga tidak ada yang mahu mempermainkan kematian kerana itu adalah perkara yang sangat sensitif.

Namun lain pula yang terjadi kepada pelakon Badrol Shah,39 tahun berkenaan isterinya Farah Shila Mazlan yang dikhabarkan telah meninggal dunia akibat positif virus tersebut dan disahkan oleh doktor.

“Petang semalam, doktor menghubungi saya mengatakan isteri sudah meninggal. Pada malam semalam pula, seorang doktor yang lain pula menghubungi saya dan memaklumkan isteri sedang nazak dan belum meninggal dunia.” katanya.

Badrol yang popular menerusi filem Busut Bonang berkata, dia juga tidak faham dengan apa yang dilakukan oleh pihak hospital.

Katanya, dia telah berkongsi berita duka itu dia media sosialnya memaklumkan pemergian isterinya sehingga menimbulkan salah faham kepada banyak pihak yang mendakwa dia hanyaingin meraih simpati orang ramai.

“Saya tak faham apa yang dilakukan oleh pihak hospital. Apabila dimaklumkan bahawa isteri saya sudah meninggal dunia, saya kongsikan berita itu di Facebook kerana itu cara untuk maklumkan kepada kenalan-kenalannya.

“Jadi, andai kata ada sesiapa yang mengenalinya atau ada hutang piutang yang belum dilunaskan, mereka akan dapat tahu berita ini.

“Tapi, apabila malam semalam seorang doktor menghubungi dan maklumkan isteri saya sedang nazak, saya sendiri jadi keliru dan sudah berlaku salah faham,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Badrol, apa yang berlaku membuatkannya trauma dan takut.

“Ada yang cakap saya menipu dan meraih simpati. Bukan itu niat saya. Saya jadi takut sampai sekarang pun saya masih menggeletar.

“Saya hanya sampaikan apa yang dimaklumkan oleh pihak hospital kepada saya. Setiap kali dihubungi, doktor juga berbeza-beza,” katanya.

Badrol juga menegaskan bahawa isterinya tidak hamil seperti yang dihebohkan di media sosial.

“Ramai salah anggap dengan tulisan saya mengenai anak kami di syurga. Saya maksudkan anak kami yang keguguran ketika berusia lima bulan dalam kandungan pada 2018.

“Bukannya isteri saya sedang mengandung sekarang,” katanya.

Isterinya yang kini sedang ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital Kuala Lumpur dikhabarkan sedang nazak.

Sebelum ini, Badrol dan juga empat orang anaknya telah disahkan positif Coivd-19 dan mereka sekeluarga sudah selesai menjalani kuarantin di rumah pada 1 Ogos lalu.