Isteri Pelakon Didakwa Curang, Cium Kawan Baik Sendiri Masa Berbasikal

Dalam percintaan, kesetiaan adalah kunci utama seebuah hubungan untuk terus berkekalan dan tiada guna jika menjalin hubungan lama lama tetapi akhirnya hubungan itu musnah disebabkan salah sorang tak setia.

Lazimnya, hati wanita memang akan mencintai seorang lelaki yang sama sehingga ke akhir hayatnya.

Malah jika putus sekalipun, barangkali mengambil masa bertahun-tahun untuk move on.

Meskipun jarang kita mendengar wanita duakan pasangannya, namun tidaklah bermaksud bahawa ia tidak berlaku.

Kena “game” sememangnya perit, tapi lebih perit jika ‘kantoi’ depan mata.

Begitu juga dengan kisah yang dilalui artis indonesia ini iaitu Kenang Mirdad dan Tyna Kanna.

Oleh kerana Tyna Kanna dan Kenang Mirdad sangat romantik dan sering mempamerkan kebahagiaan rumah tangga di media sosial, mereka kini merupakan salah satu pasangan suami isteri yang selalu menjadi perhatian orang ramai lagi lagi warga netizen.

Boleh dikatakan, seua pasangan yang berumah tangga mengimpikan hubungan seperti ini namun fitrah suami isteri terkadang ada pasang surutnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kenang Kanna Mirdad (@kenangmirdad)

Nampak isteri berciuman dengan lelaki lain

Isu ini dipercayai mula hangat tercetus di dada akhbar apabila ada dakwaan mengatakan bahawa Tyna Kanna telah berlaku curang dan menjalinkan hubungan cinta bersama seorang rakan berbasikalnya.

Apa yang lebih menyakitkan, apabila ada yang mendakwa lelaki tersebut sebenarnya adalah kawan baik Kenang Mirdad.

Mengulas lanjut, menurut sumber Kenang Mirdad dipercayai melihat sendiri isterinya yang juga merupakan seorang ‘beauty vlogger‘ dan lelaki tersebut berciuman di dalam tandas selepas tamat aktiviti berbasikal.

Walaupun hancur hatinya mengetahui hal tersebut, Kenang Mirdad yang juga pelakon sinetron Karunia itu dikatakan memafkan Tyna dan sedaya upaya cuba mempertahankan rumah tangganya yang telah dibina selama 12 tahun itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tyna (@tynakannamirdad)

Biarpun begitu, keadaan menajadi keruh apabila Tyna Kanna membuat keputusan untuk menfailkan penceraian di pejabat agama pada 30 Ogos lalu.

Menerusi laporan media Indonesia, pelakon Nana Mirdad dan Nasyilla Mirdad juga sudah tidak mengikuti Instagram kakak ipar mereka iaitu Tyna Kanna.

Kredit: YOY.MY