[VIDEO] Isteri PJJ Tinggal Serumah Dengan Lelaki Lain, Suami Nekad ‘Robohkan’ Rumah

Setiap pasangan yang berumah tangga pastinya mahu mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

Namun begitu, setiap pasangan pastinya berdepan dengan dugaan masing-masing dalam alam rumah tangga.

Isteri tercinta curang dengan lelaki lain

Seperti kisah lelaki ini yang nekad dengan keputusannya apabila mendapat tahu isteri tercinta curang bersama lelaki lain telah menarik perhatian ramai.

Memetik laporan dari JTV Madium Indonesia, seorang lelaki telah nekad membuat sesuatu yang tak masuk akal menerusi satu video yang telah tular di media sosial.

Lelaki ini nekad cabut semua kayu rumahnya 

Dia nekad dengan bertindak mencabut semua kayu rumahnya yang dibina sejak tujuh tahun lalu.

Difahamkan, individu yang dikenali sebagai Agus Purwanto menerima khabar yang kurang senang dari isterinya.

Isteri upah peguam tuntut cerai secara tiba-tiba

Lelaki ini yang baru pulang dari Hong Kong selepas 10 tahun menjalani kehidupan PJJ (pasangan jarak jauh).

Difahamkan, isterinya yang dikenali sebagai AT telah mengambil upah peguam untuk menuntut penceraian daripada Agus Purwanto secara tiba-tiba.

Suami kecewa bila tahu isterinya selingkuh

Walhal, selama ini hubungan rumah tangga pasangan ini dikatakan tiada sebarang masalah.

Apa yang lebih mengecewakan apabila si suami mengetahui isterinya itu didakwa berselingkuh dibelakangnya selama ini.

Sekembalinya ke Indonesia, AT didakwa tidak pulang ke rumah untuk bertemu dengan suami.

Isteri mahu dilepaskan kerana selesa dengan teman lelaki baru

Sebaliknya dia mengambil keputusan untuk menetap bersama lelaki lain yang merupakan warga setempat di sana.

AT juga didakwa mahu ‘dilepaskan’ sebagai isteri disebabkan telah menjalani kehidupan yang selesa dengan lelaki itu.

Agus robohkan rumah yang dibina tujuh tahun lalu

Oleh kerana berang dengan tindakan isterinya itu, Agus telah merobohkan rumah yang telah dibinanya bersama isteri tujuh tahun lalu sebagai persetujuan kedua-dua pihak.

Setiap kepingan kayu yang terpasang di rumah tersebut dicabut Agus dan diambilnya dengan alasan milik keluarga pihak lelaki.

Penduduk kampung bantu lelaki ini cabut kepingan kayu

Bagaimanapun, tapak rumah dan bangunan yang telah dibina tujuh tahun lalu tetap menjadi milik AT.

Difahamkan, penduduk kampung di Desa Carangrejo, Jawa Timur itu turut membantu Agus mencabut kesemua kepingan kayu pada bahagian bumbung rumah.

Oleh kerana bersimpati dengan nasib yang menimpa Agus, mereka sudi membantu lelaki ini.

BACA: “Siap offer wife sendiri..” Lelaki Ini Tergamam Jumpa Group ‘Tukar Pasangan Suami Isteri’ Di Facebook

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan pendapat dan buah fikiran masing-masing.