Isu Pecah Amanah RM70K, Andi Bernadee Bagi Bayangan Identiti Suspek?

Kesalahan pecah amanah boleh berlaku di setiap tempat dan juga boleh terjadi terhadap sesiapa juga tetapi lebih melibatkan golongan yang professional dan mempunyai jawatan yang tinggi.

Sememangnya kes-kes jenayah seperti ini sukar untuk dikenal pasti kerana memerlukan siasatan secara teliti dan mendalam yang mungkin mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

Sedemikian lah apa yang telah terjadi kepada pelakon dan juga penyanyi terkenal Andi Bernadee atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile‚Äč,30.

Biarpun begitu, Andi Bernadee menegaskan dia tidak akan mendedahkan nama ataupun wajah suspek kes pecah amanah RM70,000 seperti yang dilaporkannya pada Rabu lalu.

Menerusi perkongsian di aplikasi Instagram, Andi juga turut memaklumkan dia perlu lebih berhati-hati dalam penulisan bagi mengelakkan dirinya disaman oleh pihak tersebut.

“Maaf saya tak boleh lagi dedahkan nama apatah lagi wajah suspek selagi kes dalam siasatan. Apabila kes ini dibawa ke mahkamah, kita semua akan tahu siapa dia.” kata Andi

“Percakapan dan penulisan saya juga perlu berhati-hati supaya tidak disaman kembali”

Menurut pelatun ‘Satu Peluang’ itu, hampir semua anak seni sudah mengetahui identiti suspek tersebut.

Tambahan pula, individu yang diperkatakan itu merupakan seorang pengurus kepada seorang penyanyi dan turut berkongsi sepotong lirik lagu.

“Alhamdulillah, hampir semua kenalan dalam industri hiburan sudah tahu perkara ini dan kenal siapa orang itu. Maklumlah, suspek juga merupakan pengurus kepada seorang lagi artis.”

Walaupun begitu, Ande sempat berpesan dan mengingatkan warga netizen agar tidak mencurahkan minyak ke dalam api yang membara kerana itu semua akan membuatkan keadaan bertambah keruh.

“Diam. Jangan sebut-sebut kat media sosial. Nanti awak pula kena saman, saya tak tahu”

Beberapa hari yang lalu, difahamkan Andi Bernadee tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi terhadap rakan baiknya atas dakwaan fitnah dan pecah amanah membabitkan kerugian hampir RM70,000.

“Tidak disangka, insan yang saya percaya dan bawa ke dalam industri seni, malah pernah mengerjakan umrah bersama, sanggup kacau periuk nasi, memalukan dan memfitnah saya kepada syarikat produksi.

“Wang itu hasil titik peluh untuk dua tugasan sepanjang tahun ini. Saya tidak merasa langsung bayaran itu.”

“Saya mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila bayaran hasil kerja sejak awal tahun ini masih belum diterima. Apabila saya rujuk perkara itu kepada klien, mereka beritahu bayaran sudah dijelaskan kepada individu terbabit sebelum Aidilfitri lalu.”

“Bertanya kepada rakan saya itu mengenai soal bayaran, dia beri alasan resit hilang dan klien belum melunaskannya, walhal dia songlap duit saya.

“Dia juga memanipulasi mesej WhatsApp saya dan menghantarnya kepada klien hingga mereka percaya lalu membuat transaksi bayaran ke akaun peribadinya.”

 

Kredit: YOY.MY

Default image
admin
Articles: 750