“Itu extra topping ke..” Terkejut Order Kek Siap Dapat ‘Free’ Cicak Sekali, Perkongsian Lelaki Ini Raih Perhatian Netizen

Aspek kebersihan dalam penyediaan makanan sangatlah penting, lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan perniagaan makanan yang perlu dihantar kepada pelanggan.

Iospital phone repair gombak

Jika aspek kebersihan ini diambil mudah sahaja, pelanggan akan menerima kesan buruk seperti dijangkiti penyakit akibat memakan makanan yang tidak disediakan dengan bersih.

Oleh hal demikian, kita haruslah memastikan makanan yang ingin kita jamah itu bersih terlebih dahulu.

Tidak kiralah makanan yang dimasak sendiri, mahupun makanan yang kita dibeli daripada luar.

Sama seperti kisah yang tular di laman TikTok baru-baru ini, seorang lelaki berkongsikan beberapa foto kek yang dibelinya daripada salah sebuah kedai kek yang popular.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh akaun @harnan2508 itu, kelihatan seekor cicak berada di dalam kotak kek tersebut dan betul-betul berada di sebelah kek coklat yang dibelinya itu.

Difahamkan bahawa kek tersebut sebenarnya dibeli untuk menyambut perayaan Hari Diwali ekoran ucapan yang telah dituliskan di atas kek tersebut.

Jika dilihat dengan teliti foto tersebut, cicak itu kelihatan sudah pun berwarna kehitaman.

Akan tetapi, tidak pasti adakah cicak tersebut dibakar sekali bersama kek tersebut ataupun bagaimana ceritanya.

Sememangnya kita pun pasti berasa geli bukan, order kek sekali dapat cicak sekali!

Apabila melihat kek yang ingin dijamah sebegitu rupa pastinya perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah mengenai tahap kebersihan penyediaan kek tersebut sebelum sampai ke tangan pelanggan mereka.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut menyatakan berasa geli melihat kek tersebut dan ada juga yang berkongsikan pengalaman mereka yang menerima nasib yang agak sama.

Antara komen netizen:

“pernah one time my mum received cake ada cicak inside lepastu my mum bagitahu makcik tu, on the spot dia cakap tu bukan cicak rumah dia 😌”

“pernah terkena jgk dh lah first time nk try brand ni, order Cheesetart dia last2 makan tergigit dawai wehh dlm cheese dia nasib tak tertelan😓”

Video TikTok yang tular: KLIK SINI