Jalani Pembedahan Biopsi, Rupanya Sejak Tahun 2016 Eina Azman Dah 4 Kali Buat Pembedahan

Setelah lebih kurang seminggu mendiamkan diri di media sosial tanpa ada sebarang aktiviti yang dimuat naik, pelakon terkenal, Datin Paduka Eina Azman akhirnya mendedahkan dia sedang mengalami masalah kesihatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@eina_azman)

Isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden itu telah mendedahkan bahawa dia baru sahaja tersedar selepas enam jam ditidurkan untuk menjalani satu pembedahan di Hospital Gleaneagle, Kuala Lumpur.

Menurut Eina, dia baru sahaja selesai menjalani pembedahan Biopsy sekali lagi biarpun sebelum ini dia pernah melakukan pembedahan tersebut sebanyak 4 kali sejak tahun 2016.

“Alhamdullilah selepas enam jam saya dah bangun. Ramai yang WhatsApp dan DM tanya kenapa saya tak ada update apa-apa di Instagram dan masih terlalu ramai yang nak tahu saya sakit apa.

“Sejak akhir-akhir ini saya kurang sihat.”

“Sakit saya masih tidak hilang. Hari ini saya berjaya buat pembedahan selepas dua tahun sebab biopsy yang saya buat beberapa kali sebelum ini masih bengkak.

“Harap-harap selepas pembedahan ini sakit saya akan hilang. Doakan saya,” pinta Eina lagi.

Eina juga mengharapkan agar ini adalah pembedahan terakhirnya dan dia boleh sihat sepenuhnya selepas pembedahan ini.

Sekadar info, Biopsi adalah prosedur pengambilan sebagian kecil jaringan dari tubuh pesakit untuk diperiksa menggunakan mikroskop. Melalui biopsi, doktor dapat mengetahui apakah seseorang mengalami kanser atau tidak.

Perkongsiannya itu telah membuatkan rata-rata netizen turut terkejut dengan perkongsian tersebut dan mendoakan agar Eina cepat sembuh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@eina_azman)

Antara rakan artis yang prihatin terhadapnya ialah Farahdhiya, Ramona Zam Zam, Adira dan Faezah Elai turut meninggalkan komen mendoakan kesejahteraan Eina.

Umum mengetahui Eina dan suaminya mempunyai sepasang anak kembar.

Sebelum ini Eina dan suaminya pernah menjadi perhatian netizen apabila mereka telah didakwa memotong giliran ketika pemberian vaksin di Hospital Raja Permairusi Bainun Ipoh, Perak.

Walau bagaimanapun, pengarah hospital iaitu Dr. Abdul Malek Osman telah tampil menafikan dakwaan memotong giliran sebaliknya pemberian vaksin kepada Eina dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmit Abdullah berdasarkan rujukan doktor pakar.

Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mengesahkan Eina Azman dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) hospital itu.

Pengarah HRPB, Dr Abdul Malek Osman berkata, pasangan berkenaan menerima suntikan vaksin pada 25 Mei lalu atas nasihat doktor pakar yang merawat mereka kerana pesakit dikategorikan sebagai golongan berisiko tinggi.

Menurutnya, PPV hospital berkenaan menerima rujukan pesakit atau pelanggan daripada pelbagai fasiliti kesihatan termasuk luar Perak dan semua pesakit telah menjalani pemeriksaan awal iaitu ‘Pre Vaccination Assesment (PVA)’ yang hanya boleh didapati di klinik-klinik pakar perubatan hospital.

“PPV HRPB hanya memberikan suntikan vaksin kepada pesakit atau pelanggan yang telah dirujuk dan tidak melakukan PVA tersebut di fasiliti PPV hospital ini.

“Pemberian suntikan vaksin untuk fasa kedua telah diberikan keutamaan kepada golongan berusia 60 tahun ke atas dan setiap individu mempunyai komorbiditi serta golongan yang berisiko tinggi.

“Berdasarkan semakan, kelayakan pemberian suntikan vaksin kepada pasangan tersebut adalah berdasarkan kepada rujukan oleh doktor pakar yang telah merawat pasangan ini atas masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi oleh mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya mengambil maklum isu tular di beberapa laman media sosial berkaitan seorang artis wanita yang dikenali sebagai Eina Azman bersama pasangannya didakwa telah memotong barisan dan mengambil vaksin di Ipoh.

Bagaimanapun katanya, dalam hal itu tiada isu potong barisan dalam pemberian suntikan vaksin berkenaan dan pasangan terbabit telah dimasukkan ke dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar yang merawat kerana pesakit dikategorikan sebagai golongan yang berisiko tinggi.

Perkongsian Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 26, bersama placard ‘saya sudah divaksin’ di laman Instagram miliknya telah menjadi tular di media sosial.

Ia seterusnya mengundang kecaman apabila warganet mendakwa dia memotong giliran pengambilan vaksin sekali gus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuatkuasa dari 25 Mei.

Kredit: YOY.MY