Jam 3 Pagi Tengah Bersihkan Bayi, Ibu Terkejut Anak Baru 13 Tahun Bersalin

Seorang ibu seperti hilang kata-kata apabila anak perempuannya yang berusia 13 tahun melahirkan bayi di rumah mereka, di sebuah kampung di Kota Belud kelmarin.

Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, wanita berkenaan tersedar daripada tidur sebelum mendapati anaknya sedang membersihkan badan seorang bayi perempuan.

Terkejut dengan kejadian, wanita terbabit segera membawa remaja dan bayi itu ke Hospital Kota Belud untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan sepatutnya.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Sahimi Husin berkata, hasil siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai dirogol oleh seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang merupakan sepupunya.

“Hasil siasatan awal juga mendapati mangsa dipercayai dirogol oleh sepupunya sebanyak tiga kali sejak Ogos tahun lalu.

“Suspek remaja lelaki terbabit sudah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu, petang semalam (Isnin), untuk siasatan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Katanya lagi, kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Setakat ini siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

Dalam perkembangan terbaru, Polis menahan seorang lelaki berusia 14 tahun dipercayai merogol sepupunya di sebuah kampung di daerah ini pada Ahad lalu selepas mangsa dilaporkan melahirkan seorang anak.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Sahimi Husin berkata ibu mangsa yang tersedar daripada tidur kira-kira jam 3 pagi terkejut apabila mendapati anaknya yang berusia 13 tahun itu sedang membersihkan seorang bayi perempuan, baru-baru ini.

Terkejut dan bimbang dengan kesihatan anaknya, wanita itu terus membawa mangsa bersama bayi terbabit ke Hospital Kota Belud untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Sahimi berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dirogol tiga kali sejak Ogos tahun lalu.

“Suspek remaja lelaki terbabit sudah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu, petang semalam, untuk siasatan selanjutnya.

“Hasil siasatan akan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau berkata, setakat ini siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)